Saat Terakhir Bersamamu
"Badariah, abang kamu datang untuk bawak kamu pulang ke rumah" kata guru ku.
Aku terkesima. Apa yang telah terjadi? Kenapa dengan Abah? Di dalam hati kecil ku sudah mula terdetik dengan seribu andaian buruk.
Sebaik tiba di rumah, ku lihat Abah sedang terbaring lesu di atas tilam yang sudah lama menjadi tempat rehatnya. Adik-beradik ku semuanya sudah berada di rumah. Mereka duduk mengelilingi Abah. Aku turut menyertai mereka. Aku lihat Abah, ku amati wajahnya, dan aku turuti irama nafasnya. Amat susah sekali setiap tarikan nafas Abah.
Aku termenung dan aku berfikir, 'Bagaimana jika ini adalah hari terakhir Abah bersama kami?'. Dan air mata ku mula mengalir.
Serentak dengan itu juga ku tersa ada tangan yang memegang bahu ku. "Jangan sedih, Abah masih sihat. Abah tak apa-apa".
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Bulan demi bulan berlalu dalam diari hidup kami sekeluarga. Kesihatan Abah makin lama makin menggusarkan. Dari seorang yang sihat, kini Abah terpaksa hidup dengan hanya sebelah paru-parunya. Dari sudut perubatan moden, Abah dikatakan menghidap kanser paru-paru. Tapi dari sudut tradisional pula, Abah dikatakan terkena santau.
Aku pernah melihat sendiri Abah memuntahkan darah yang dipenuhi dengan rambut dan kaca. Aku tidak faham kenapa ada orang tergamak untuk buat Abah begini. Sedangkan Abah sangat baik orangnya. Abah suka menolong orang tanpa mengharapkan balasan. Abah juga tidak banyak bicara, jadi aku yakin Abah tidak banyak menyakitkan hati orang. Tapi, kenapa ada manusia yang begitu kejam?!
Hari demi hari kami terpaksa melihat kesengsaraan Abah. Dari seorang yang berbadan besar, kini Abah kelihatan sangat cengkung. Dari seorang yang rajin bekerja, kini Abah hanya mampu duduk di kerusi malas di depan rumah, sambil menghitung hari-hari terakhirnya.
Jarum jam terus berdetik, dan hidup kami terus begini. Hidup yang tiada pasti.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tanpa disangka-sangka, Abah menjadi semakin lemah. Abah tidak mahu makan, dan ini memburukkan lagi keadaan. Dua hari Abah begini. Dan pada malam hari ketiga, badan Abah sudah kembali kuat. Abah sudah boleh bergurau senda dan tersenyum gembira. Orang-orang yang berada di rumah gembira melihat perkembangan ini.
Apabila jarum jam menunjukkan pukul 11 malam, aku disuruh masuk tidur.
Aku salam tangan Abah. Aku tersentak! Aku dapat mendengar Abah menarik nafas dengan sukar sekali, seolah-olah ada sesuatu yang menyekat salur pernafasannya. Ku pandang wajah Abah, Abah hanya tersenyum dan berkata "Adik belajar rajin-rajin ye, jadi orang yang berjaya". Aku mengangguk, lalu mencium tangan Abah.
Aku merasa sangat hiba dan terus berlari ke atas. Kenapa orang lain gembira? Kenapa aku tidak? Kenapa aku merasakan ada sesuatu yang buruk yang akan terjadi?
Aku resah. Namun, aku terlelap jua.
Tiba-tiba, mata aku terbuka dan seperti ada benda yang menolak belakang ku, aku terus terduduk. Di hening pagi itu, aku dapat mendengar sayup-sayup tangisan suara. Tanpa perlu ke bawah, aku sudah tahu yang Abah sudah tiada. Aku sudah tahu yang aku kini sudah menjadi anak yatim.
Abah meninggal pada pukul 3 pagi, hari Jumaat, 19 September 1997, dan meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak yang amat menyayanginya.
Al-Fatihah...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kini, sudah hampir 12 tahun aku hidup tanpa Abah di sisi.
Kehidupan sebagai anak yatim amat sukar bagi ku.
Mulanya, aku tidak dapt menerima hakikat. Ketika hari pertama kembali ke sekolah semenjak pemergian Abah, aku terasa macam orag asing. Ke mana kaki melangkah, semua mata memandang ke arah ku. Aku tidak suka dengan pandangan simpati yang diberikan. Aku rimas. Memang aku anak yatim. Tapi ini tidak bermakna aku mengharapkan seribu simpati diberikan kepada aku.
Air mata mengalir kembali.
Kata-kata terakhir Abah ku pegang hingga ke hari ini.
Tika aku hampir putus harapan, kenangan itu akan kuputarkan kembali di dalam kotak fikiran.
Aku menjadi bertambah berani.
Dan aku, teguh berdiri,
Walaupun air mata tetap menemani.
Walaupun aku membesar tanpa seorang ayah di sisi, namun kata-kata terakhirnya sudah cukup memberikan aku semangat hingga ke hari ini.
Kata-kata ini, akan ku pegang hingga hujung nyawaku:
"Adik belajar rajin-rajin ye, jadi orang yang berjaya"
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Abah sayang ku,
anak mu rindu dakapan mu,
anak mu rindu belaian manja mu,
dan anak mu rindu kehadiran mu.
Abah yang ku sayangi,
pemergian mu adalah duka yang abadi,
duka yang tidak dapat diubati,
dan tiada jua pengganti.
Abah yang tersayang,
kasih mu akan ku kenang,
nasihat mu sentiasa ku pegang,
terbayang wajah mu, aku pasti tenang.
Abah,
tiada kata lagi dapat ku ukirkan,
hanya doa dapat ku kirimkan,
dan kejayaan ka untuk kau banggakan.
Walau pahit hidup tanpa mu,
akan ku teruskan jua hidup ini,
berbekalkan nasihatmu yang satu,
seribu ranjau akan Adik langkahi.
Terima kasih Abah...
Adik sayang Abah..