Wednesday, February 18, 2015


Assalamualaikum.

Dah lama saya pasang impian untuk melabel semua barang-barang dapur. Sebelum ni memang ada labelkan, tetapi cuma gunakan masking tape je dan tulis dengan pen marker. Tulisan pun macam cakar ayam. Bila lama-lama tengok, rasa sakit mata la pula.

Jadi saya pun buatlah label di Powerpoint, kemudian print, potong, dan tampal guna selotape jernih. Dan hasilnya seperti gambar di bawah ini. Nampak lebih kemas dan ceria. Haa barulah rajin sikit nak masuk dapur. Hee, alasan je tu pun sebenarnya. =P


Dan bila saya kongsikan di Facebook untuk beri softcopy label ni secara percuma, ramai pula yang berminat rupanya. Jadi saya pun tambah lagi beberapa label yang dirasakan mungkin orang lain perlukan, dan upload di Google Drive. Jadi untuk siapa-siapa yang berminat, boleh terus klik link-link di bawah ini untuk download ye.

Saya sediakan tiga jenis fail;

1. Fail PDF (untuk yang nak terus print tanpa perlu edit-edit)

2. Fail WORD (untuk yang nak adjust saiz label jadi lagi besar atau kecil)

3. Fail POWERPOINT (untuk tambah sendiri mana-mana label yang dirasakan perlu, ataupun kalau nak tukar warna dan font label)


Untuk tiap-tiap fail ini ada label yang kosong. Manalah tahu kot-kot ada sesuatu yang perlu dilabelkan secara spontan, bolehlah terus tulis di label tersebut dan tampal.

Untuk yang nak download kesemua tiga-tiga fail sekaligus, boleh klik link INI (FOLDER LABEL BARANG DAPUR)

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini akan memudahkan tugas kawan-kawan semua. Jom hias dapur! Kalau ada sesiapa yang dah gunakan label ni nanti, bolehlah share gambarnya ye. =)

 


2 comments

Alhamdulillah. Terimakasih

REPLY

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates