Cuti-Cuti Eropah Sudah Bermula
Assalamualaikum.
Hari ni, hari terakhir Cik Abang ada kelas. Bermula esok, Cik Abang akan bercuti selama dua minggu. Yelar, kan nak dekat Krismas dah ni. Kalau pergi berjalan mana2 pun, asyik nampak Santa Claus je. Hehe.
Lepas Maghrib jap lagi ni, kitorang nak pergi berdating ke Capitol. Saja je nak jalan2 sambil mengambil gambar. Dan juga untuk Cik Abang melepaskan tension belajar. Dalam bulan ini dia ada banyak sangat exam. Ni hati tengah berbunga riang la tu sebabnya dah habis exam. =P
Untuk cuti kali ni, kami bercadang untuk ke Carcasone dan Andora. Dan kalau boleh, mahu ke Barcelona sekali. Tapi tengoklah keadaannya macam mana dulu. Kalau sempat, sampailah. Kalau tak sempat, pergi yang dekat2 ni dulu jela.
Rasanya ada banyak sangat benda yang perlu dilakukan dalam cuti dua minggu ni. Berjalan dan bershopping, itu sudah semestinya! Tapi kena tambah lagi dengan mengemas dan menghias rumah. Sebab saya tak sempat nak buat kalau tinggal berdua je dengan Ammar. Huhu.
Kalau sepanjang dua minggu ni blog tak berupdate, serta komen dan kunjungan tak berbalas, paham2 jela ye. Saya nak menghabiskan masa dengan suami dan anak tersayang. Semoga dengan aktiviti2 ini dapat menghilangkan kerinduan kami pada orang2 di Malaysia.