Tuesday, August 06, 2019

Assalamualaikum.

Apabila mencari hotel, kita pasti akan memilih hotel yang selesa untuk diduduki. Selain daripada kemudahan-kemudahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak hotel, kita pasti akan tertarik jika terdapat mesin kopi Arissto disediakan di setiap bilik. Ini merupakan nilai tambahan (added value) yang boleh diberikan kepada pelanggan.

Nilai tambahan inilah yang dilakukan oleh pihak Hotel Maya Kuala Lumpur dan ianya pasti menarik orang ramai untuk mencubanya. Sehingga hari ini, hotel ini telah mempunyai sebanyak 150 buah mesin kopi yang diletakkan di bilik-bilik hotel tersebut.

Adakah Hotel Maya membeli kesemua mesin ini? Sudah pasti tidak! Dengan pakej sewaan mesin Arissto, mereka cuma perlu menyewa setiap mesin ini dengan bayaran RM1 SAHAJA SEBULAN dan perlu disertai dengan pembelian kapsul kopi. Kalau tak ada kapsul kopi, macam mana nak brew kopinya, kan?

Yang menariknya, dengan pakej sewaan ini, pihak hotel tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membeli mesin kopi. Waranty juga disediakan sepanjang tempoh sewaaan. Dan jika pihak hotel tidak mahu lagi meneruskan sewaan, mesin-mesin ini boleh dipulangkan semula kepada Arissto dan deposit juga akan dikembalikan.

Dengan kelebihan-kelebihan yang disebutkan di atas ini, jelas sekali ianya berbaloi bagi pihak hotel untuk menyewa mesin Arissto ini. Selain dari diletakkan di dalam setiap bilik, mesin ini juga sesuai diletakkan di kafe-kafe hotel. Pemilik homestay dan chalet peranginan juga boleh meletakkan mesin ini di premis masing-masing bagi menarik perhatian pengunjung.

Jika anda berminat untuk menyewa mesin kopi Arissto, bolehlah hubungi saya untuk urusan seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, sila klik gambar di bawah:

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates