Buku Cerita Kanak-Kanak Untuk Ammar
Assalamualaikum.
Ini cerita dah lapuk sebenarnya, tapi nak juga diupdate di blog ini. Sebelum ini, saya sukar nak mendapatkan buku cerita kanak-kanak untuk Ammar, sebabnya kesemua buku-buku cerita yang saya jumpa adalah di dalam bahasa Perancis.
Puas mencari ke hulu ke hilir. Akhirnya saya dapat idea untuk mencuba nasib di Amazon.fr. Dan rupa-rupanya ada banyak pilihan buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Inggeris.Apalagi, saya terus pilih buku2 yang berkenan di hati dan buat pembayaran menggunakan kad kredit Cik Abang.
Beberapa hari lepas buat pembayaran, buku yang dibeli pun sampai. Ammar 'excited' nak tengok bungkusan khas untuk dia ni.
Buat permulaan ni, saya beli lima buah buku untuk Ammar. Tiga buku Dr. Seuss's, dan dua buku Richard Scarry's. Yang buku Richard tu simpan dulu sebab buku tu guna kertas biasa je. Sekali Ammar tarik nanti, terus koyak je plak. Huhu.
- The Foot Book - Buku ini pasal perkataan berlawan. Left-right, big-small, etc. Saya simpan buku ini dalam beg Ammar. So bila pergi mana2, buku ini memang sentiasa ada je.
- Mr. Brown Can Moo, Can you? - Buku pasal bunyi. Tiap kali saya bacakan Ammar buku ni, dia pun akan buat bunyi sekali. Tapi bunyi2 tu hanya dia saja yang dapat mentafsirkannya. Hehe.
- There's a Wocket in My Pocket! - Buku ni plak pasal rhymes. Ayat last sekali "But the Zillow on my pillow, always make me fall asleep". Dan memang tiap kali habis je baca buku ini, saya akan rasa mengantuk. Haru!!
- Bedtime Stories
- A Day at the Airport
Alhamdulillah buat setakatni Ammar menunjukkan minat kat buku2 dia ni. Bila Ammar macam resah2 je, saya akan bacakan buku ini untuk dia, dan dia pun diam. Khusyuk baca buku sekali.
Harapnya Ammar akan membesar menjadi seorang anak yang rajin membaca. Minat membaca ni kena ditanam dari kecil. Kalau dari kecil anak2 asyik disogok dengan mainan je, jangan nak marah2 anak pula bila dah besar nanti dia tak mahu pegang buku.