Bila Musim Bunga Dah Bermula!
Assalamualaikum.
Lama gak saya menyepi dari update blog dan berblogwalking ke blog rakan2. Komen2 di blog ini pun banyak lagi yang belum di jawab dan belum di approve. Semuanya sebab terlalu asyik mengedit theme thesis ni. Betul2 pening kepala. Tapi rasanya yang ada ni dah ok dah. Korang rasa macam mana? Apa yang perlu ditambah?
Sekarangni dah masuk musim bunga dah. Apa yang saya nampak, bila dah masuk musim bunga ni, orang2 kat sini lebih banyak buat aktiviti kat luar. Berjoging, main basikal, lepak2. Diorang betul2 menikmati cuaca panas yang ada sekarangni. Kalau kita kat Malaysia tu, panas sikit je dah mulalah nak cari tempat berteduh, kan? Hehe.
Kalau pergi kat pasaraya pun, memang penuh dengan bunga2 dan perkakas2 untuk aktiviti berkebun. Kalau masa musim sejuk dulu senang ke nak dapat minyak untuk heater, tapi sekarang susah! Rugi plak tak simpan minyak heater sebotol besar. Sebab rumah kitorang ni asyik sejuk je. Tak kena matahari sangat.
Disebabkan dah masuk musim bunga, Cik Abang ajak pergi jalan2 kat canal Ahad lepas. Tapi sebelum tu kena temankan dia berbincang hal research project dengan kawan dia dulu. Dan time tu la baru pertama kali Ammar dapat duduk atas tanah. Bila saya leka kejap je, tengok2 dia dah masukkan rumput dalam mulut. Alahai si bambam ni!