Perjalanan Balik Yang Tak Mungkin Dilupakan
Assalamualaikum.
Salam buat semua. Sebenarnya, sudah sebulan lebih kami sampai di bumi Malaysia ini. Niat di hati memang nak update blog ini, tapi asyik tak kesampaian je. Macam-macam hal, dan macam-macam alasan sebenarnya. Tapi yang sebetul-betulnya adalah, MALAS! Hihihi. Nak menaip ni pun terasa kelu je, macam dah tak tahu nak membebel apa. Jadi entri kali ini mungkin akan jadi meleret-leret, ataupun mungkin akan dihentikan secara tiba-tiba. (sebab dah nampak dah si cik Aneesa tu bergerak-gerak).
Alhamdulillah, pada 10 Oktober 2013, kami selamat menaiki penerbangan pulang ke tanah air selepas menjalani hari-hari terakhir yang mencabar di Toulouse. Sebab apa mencabar? Sebabnya kelam-kabut packing barang untuk shipping, inilah padahnya bila buat kerja last minute. Ditambah pula dengan Aneesa yang tiba-tiba selsema, meragam tak nak tidur. Jadi semua kerja mengemas memang diserahkan 100% pada Cik Abang. Kalau nak dicerita satu-persatu, rasanya entri ini akan jadi panjang sangat2. Lagipun, dah tak nak ingat dah pun saat-saat gelap tu. Huhu. Biarlah benda yang dah lepas tu berlalu.
Dipendekkan cerita, pada hari tu, kami pergi ke airport Blagnac dengan seorang kawan di Toulouse. Masa sampai kat sana, dah ada kawan2 yang lain menunggu. Sampai-sampai tu kami terus pergi ke kaunter untuk check-in. Tapi ada masalah di kaunter, sehingga lebih kurang setengah jam kami di situ. Masalahnya, petugas kaunter tu tak boleh nak beri kami boarding pass dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sekaligus. Tak tahulah apa masalahnya, tapi memang dia dah cuba sehabis baik untuk buatkan , tapi tetap tak boleh.
Jadinya, kami kena ambil boarding pass bila samapai di Amsterdam. Apa yang merisaukan adalah waktu transit yang sangat2 singkat, dan kami pula dengan dua orang budak kecil. Jadi petugas terbabit cadangkan kami check-in kan semua barang yang ada, termasuk carseat dan stroller. Plan awal kami adalah nak bawa carseat masuk ke dalam kapal terbang, dan stroller pula nak buat sebagai gate-check. Tapi semua-semua ni kena check-in dan barang-barang terus dihantar ke Malaysia. Nanti bila sampai di Amsterdam boleh terus pecut ke kaunter, tak perlu tunggu barang.
Disebabkan stoller dan carseat ni besar, kena hantar kat kaunter lain. Tapi disebabkn miscommunication, Cik Abang dan dua orang kawan kami berulang-alik dari satu kaunter ke kaunter lain. Ini je dah mengambil masa dan masa penerbangan dah dekat. Ok malu nak mengaku, tapi masa ni saya ada menangis sebab risau tak sempat. Saat-saat nak balik hari itu memang saya sangat2 'fragile'. Cepat tersentuh, sikit-sikit je nak nangis. Mungkin saya dah tak larat nak berlagak kuat kot.
Bila dah selesai urusan hantar carseat dan stroller, terus bersalam-salam dengan kawan2 yang ada di airport, dan kami terus bergerak untuk security check. Kat sini kami terus dapat kedepan sebab ada budak kecil. Masa tu, saya bawak Aneesa dalam baby carrier. Bila nak lalu pintu tu, berbunyi. Kena bawa Aneesa keluar dari baby carrier. Lalu lagi, berbunyi lagi. Dan orang tu tanya ada handphone ke dalam poket. Haah, disebabkan kelam-kabut, handphone pun terlupa nak keluarkan! Lepas je security check, kami terus jalan laju-laju untuk ke gate. Masa ni Ammar berjalan sendiri dengan tarik beg dia.
Bila masuk dalam flight, saya nak ambil tempat duduk, tapi kena duduk di kerusi sebelah tingkap. Jadi kena minta orang yang dah duduk untuk bangun sekejap (tak boleh nak menyelit sebab badan dia besar hehe). Tapi bila orang tu dah bangun, Ammar terus duduk kat situ plak. Hihi. Orang tu kata tak apa, dia duduk di kerusi belakang dengan Cik Abang. Jadi untuk penerbangan ini, saya duduk dengan Ammar dan Aneesa. Risau juga kalau tiba-tiba jap lagi dua-dua menangis serentak.
Tapi Alhamdulillah Ammar dan Aneesa OK je sepanjang penerbangan dua jam ke Amsterdam. Dua-dua pun tidur nyenyak. Cuma saya je la yang tak boleh nak tidur, dan tangan lenguh pangku Aneesa. Bila dah sampai di Amsterdam, masa nak turun tangga tu agak licin sebab hujan. Ammar pula masih lagi mamai baru bangun tidur, dan dia hampir terjatuh masa turun tangga. Petugas yang kat bawah boleh senyum-senyum je tengok saya yang terkial-kial nak handle Ammar dan Aneesa sekali (tangan Cik Abang dah penuh dengan beg2).
Masuk je dalam airport, kami terus berlari ke kaunter KLM. Petugas kaunter terus buatkan boarding pass, dan dia suruh kami cepat bergerak dan dia tunjuk pukul 7.35PM pada boarding pass tu. Kami tengok jam, dah pukul 7.30pm. Bila ditanya gate kat mana, katanya jalan terus, belok kanan, dan jalan terus sampai hujung. Nampak macam dekat je kan? Tapi sebenarnya lepas belok ke kanan tu, kena berjalan jauuuuuhhhhhhhhhhhhh sangat.
Masa ini Cik Abang bawak dua beg tarik, satu bagpack, dan satu beg tarik Ammar. Saya pula bawa Aneesa di bahagian depan dalam baby carrier, dan bawa satu bagpack. Ammar pula pegang botol air dan palstik biskutnya. Dari kaunter tadi, kami bergerak tak berhanti-henti sampailah ke gate. Cik Abang jalan laju dahulu di depan, saya pula mengikut di belakang dengan Ammar. Kesian Ammar, dia terpaksa berlari untuk ikut kami. Bayangkanlah budak sekecil tu kena berlari jauh, rasanya lebih lebih satu kilometer juga. Tapi Ammar nampak happy, mungkin dia ingat kami tengah main-main agkanya. Bila dah nak sampai tu, Ammar dah mula tercungap-cungap kepenatan. Kesian sangat. =(
Tapi bila dah sampai kat gate, kami tengk orang ramai je yang tengah lepak-lepak lagi. Masa ni barulah kami check boarding pass betul-betul. Ohh rupanya-rupanya 7.35PM tu masa untuk gate dibuka untuk boarding, dan penerbangan sebenarnya pukul 8.55PM. Haish,disebabkan panik, masa penerbangan pun boleh lupa. Tapi sekurang-kurangnya bila dah sampai awal ni, boleh rehat-rehat kejap lepaskan lelah.
Dan kami dapat masuk awal sebab ada bawa baby. Dalam banyak-banyak penerbangan sebelum ini, inilah kali pertama yang kami dapat letak semua barang2 kami betul2 atas compartment head. Kalau sebelum ini, barang2 semuanya bersepah-sepah sebab selalu masuk lambat, hihi. Kali ini, memang betul-betul selesa. Duduk di bahagian tepi, tiga kerusi dalam satu baris. Jadi bila nak keluar tak perlu ganggu orang lain.
Dalam flight yang ini, baru kami rasa betul-betul lega, Sebab dah tak ada yang perlu dikejarkan. Ammar dan Aneesa pun OK dalam penerbangan ini. Cuma diorang tidur lambat sangat. Pukul 2 pagi baru diorang nak tidur, selepas keadaan betul-betul gelap dalam kapal terbang. Yang bestnya, diorang tidur lelap sampai ke Malaysia. Aneesa memang tak bangun-bangun sampai dah turung dari kapal terbang, dah ambil beg, dan dah jumpa dengan ahli keluarga kat Malaysia. Nyenyak sangat Kakton ni tidur! Hehe.
Ya, begitulah ceritanya. Panjang meleret-leret. Tapi saya coretkan ini untuk kenangan buat kami sendiri. Lepas ni, entah bila lagi akan dapat rasa pengalaman macam ini kan? =)