Monday, December 13, 2010

Rindunya kat arwah Abah. Dan beberapa hari yang lepas saya ada termimpikan arwah. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu di hati.

Dalam mimpi tu, keluarga kami tengah makan-makan kat serambi rumah kampung (tak tahulah rumah siapa). Dan berhadapan dengan rumah tu ada bus-stop. Saya saja je tengok ke arah bus-stop tu. Dan arwah Abah ada kat situ.

Makin lama arwah Abah makin datang dekat kat kami. Senyuman tak pernah lekang dari bibir Abah, manis sangat senyuman tu. Kami semua menangis, tapi kenapa kami ni tak turun untuk jumpa Abah. Dan kemudian sya tersedar. Masa tu muka saya basah dengan airmata. Rupanya saya menangis dalam tidur. Huhu.

Kata Kakcik saya, dia pun ada mimpikan arwah Abah masa dia mengandungkan Hazmel dulu. Erm mungkin saya pun dapat mimpikan arwah sebab saya mengandung sekarangni. Erm, masih terbayang-bayang lagi senyuman Abah walaupun mimpi tu beberapa hari yang lepas.
Semoga roh Abah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

1 comments:

saya pun termimpikan abah , rindu padanya tak terkata .

REPLY

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates