Monday, November 28, 2011

Assalamualaikum.

Sekejap je dah berakhir dah hujung minggu yang dinanti-nantikan. Biasanya hujung minggu ni kenalah dipenuhkan dengan aktiviti2 berfaedah, kan? Antaranya meluangkan masa dengan famili, makan2, dan shopping [eh berfaedah ke? hehe]

Hari ini, kitorang pergi ke Vide Grenier. Vide Grenier ni tempat untuk menjual barang2 terpakai dengan harga yang murah. Dan dijalankan di tempat yang berbeza2 pada setiap hujung minggu. Kalau nak tahu lokasinya, boleh tengok di website Vide Grenier. Oh untuk pengetahuan korang, kat Perancis ni, tiap2 hari Ahad semua kedai ditutup. Termasuk juga hypermarket ke, supermarket ke. So untuk mengisi masa dan megosongkan poket, kenalah pergi ke Vide Grenier ni. Hehe.

Mula2 tadi kitorang pergi ke Vide Grenier di Frouzine, dengan niat nak mencari car seat untuk Ammar. Dari jauh, dah nampak satu car seat yang sangat cantik. Tapi bila sampai kat situ, rupa2nya dah ada orang beli. Kecewa! Bila tak dapat apa yang dicari teruslah balik. Lagipun sejuk sangat, tak tahan!

Masa dah nak sampai ke tempat tinggal kitorang, Cik Abang berhentikan kereta sekejap untuk bagi saya peluang untuk bawak kereta. Hurm kitorang baru je beli kereta Selasa lepas. So inilah kali pertama saya pegang stereng dan memangdu di negara orang ni. Kena beranikan diri untuk drive, barulah senang sikit nak merayap ke sana sini. Hehe.

Bila sampai je rumah dan bukak Facebook, barulah dapat tahu yang kat Mondonville pun ada Vide Grenier, dan jual barang2 baby. Apalagi, kitorang pun terus berdesup ke sana. Tapi sampai sesat-sesatlah jugak. Tak boleh harap betul GPS ni la - Gadget Penyebab Sesat!

Hasil terjahan di Mondonville, kami  dapat merembat car seat (23euro) dan high-chair (15euro).

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates