Wednesday, February 08, 2012

Assalamualaikum.

Sejak salji turun Khamis lepas, kami memang ternanti-nanti bilalah salji nak turun lagi. Dan hari Ahad lepas menyaksikan yang bumi Toulouse disirami dengan salji hampir sepanjang hari. Dan salji yang turun pun agak lebat. Dalam masa sekejap je, kawasan sekitar sudah bertukar keputih-putihan. Sangat indah!

Tapi bila salji dah turun lebat macam ni, saya mula terfikirkan orang2 yang tak ada rumah. Macam mana diorang nak survive dalam cuaca sejuk macam ni?[masa ni suhu -6 degree] Sekurang2nya kami boleh duduk dalam rumah, pasang heater, minum air panas, rehat dan tidur dengan selesa. Tapi mereka? Patutlah ramai je yang meninggal disebabkan kesejukan melampau. Kita rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur sangat2 sebab negara kita tak merasa cuaca2 ekstrem seperti ini.

Dan bila salji dah turun lebat macam ni pun, sebenarnya tak sesuai untuk ke mana2 dengan menaiki kereta. Bahaya, jalan licin! Dan sekali lagi benda ni buat saya terfikir. Kalau bekalan makanan betul2 dah tak ada di rumah, macam mana? Kalau ada kecemasan perlu ke hospital segera, macam mana? Haish, time2 macam ni la plak baru nak start berfikir macam2. Dulu2 tak nak fikir ye. Betullah kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pemikiran. Jadi Cik Abang, lepas ini mahu sambung belajar ke mana plak? Huhu.

Untuk entri seterusnya, saya akan upload koleksi gambar2  Ammar main salji. Nantikan...

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates