Saturday, February 23, 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya saya dah selamat melahirkan Baby I.A pada 14 Januari 2013. Nampak gayanya tak berpeluang la nak melahirkan Baby I.A pada tarikh bersalin yang diidam-idamkan. Tapi takpe, asalkan semuanya selamat.

Lebih kurang seminggu sebelum tarikh bersalin tu, saya memang ligat betul berjalan. Tiap-tiap hari pun keluar pergi berjalan. Nak-nak lagi plak winter sales dah start kat sini. Memang shopping je la kerjanya, terutamanya barang-barang untuk baby. Cuma hari Ahad je kami tak keluar sebab kedai-kedai kat sini tutup hari Ahad. Jadi kami cuma duduk kat rumah je sambil buat crepe durian.

Mungkin disebabkan penangan makan durian, esoknya bila bangun pagi saya rasa macam basah je. Teruslah cepat-cepat pergi bilik air. Rupa-rupanya air ketuban dah bocor. Dan dah ada darah yang keluar sikit. Saya pun terus je la kejut Cik Abang dan bagitahu dia. Masa tu hati dah berbunga-bunga sebab saya memang dah tak sabar nak bersalin. Hehe.

Disebabkan tak sakit lagi, saya buat biasa je la. Tapi Bonda pula dah macam risau, dan suruh pergi hospital cepat-cepat. Tapi saya tak nak. Nak buat apa pergi awal-awal kan. Nanti dah la saya tak faham apa yang diorang cakap. Kang tak fasal-fasal plak saya kena induced.

Dah lepas makan tengah hari, barulah rasa sakit tu datang. Tiap kali sakit datang, saya diam je dan cuba tahan sakit tu sendiri. Masa saya tengah baring-baring dalam bilik dengan Bonda dan sakit tu datang pun, saya diam je. Bila Bonda tanya sakit ke, saya jawab sakit sikit je, masih boleh tahan lagi.

Dan bila Bonda asyik tanya, saya terus je masuk dalam bilik air bila rasa sakit. Tahanlah sakit sorang-sorang dalam bilik air tu. Hehe. Nasib baiklah Cik Abang tak ada tanya-tanya, sebab saya memang dah warning kat dia awal kalau saya dah sakit nanti, jangan tanya banyak-banyak kali, itu boleh mendatangkan marah! Hehe. Dan saya pun memang dah bagitahu kat Cik Abang yang kali ni, saya plan nak pergi hospital lambat. Bila dah betul-betul dah nak bersalin baru nak pergi.

Setelah menahan contraction tu selama beberapa jam, akhirnya dalam pukul 5 petang sakit tu dah makin kerap datang. Dah tak terkira berapa kali saya masuk bilik air untuk tahan sakit. Dan Ammar pun dah tidur masa ni. Sampailah Cik Abang tanya, sakit contraction tu dah berapa minit jaraknya? Masa tu barulah saya terhegeh-hegeh nak download application contraction timer. Bila dah guna application tu, baru saya perasan yang sakit tu dah datang selang seminit! Apalagi, teruslah ajak pergi hospital! Huhu.

Saya terus bersiap dan tunggu Cik Abang solat. Masa ni memang dah betul-betul sakit. Sebelum keluar rumah, saya sempat cium Izz Ammar yang tengah tidur lagi. Nasib baiklah hospital dekat je dengan rumah, dalam 5minit dah boleh sampai. Dan kebetulan senang plak nak dapat parking masa tu. Keluar je dari kereta, saya terpaksa berpaut dekat pintu kereta sebab sakit contraction tengah datang. Lepas tu, terpaksa pula berpautdekat kereta sebelah bila contraction datang lagi.

Dan dari kereta nak ke bangunan hospital, beberapa kali saya terpaksa berhenti bila sakit tu datang. Jarak dari kereta ke bangunan hospital yang dekat tu pun terasa jauh sangat bila dah sakit datang kerap macam tu. Bila dah sampai, saya tersandar je kat dinding. Tak larat nak jalan dah! Cik Abang cakap sikit je lagi. Tapi saya memang dapat rasa yang kepala baby memang dah betul-betul kat bawah tu!

Bersambung....

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates