Pucuk Gajus Untuk Awet Muda
Assalamualaikum.
Petua awet muda memang sentiasa dicari-cari, terutamanya bagi wanita yang sangat mementingkan kecantikan. Lebih-lebih jika usia semakin meningkat, di mana kedut-kedut halus sudah mula muncul di muka.
Orang dulu-dulu memang ramai yang mengamalkan petua awet muda. Dan antara petua yang sudah diturunkan dari generasi ke generasi adalah dengan mengamalkan pengambilan pucuk gajus. Petuanya adalah seperti di bawah ini:
1. Makan begitu sahaja
- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
- Jadikan pucuk gajus ini sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.
2. Minum air rebusan
- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
- Bila sudah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.
Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ini setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.
Agaknya apalah rasa pucuk gajus ni kan? Mama tak pernah makan. Rupa pucuk gajus pun tak tahu macam mana sebenarnya. nasib baiklah ada Pakcik Google untuk memberikan ajaran. Hehe.
Jom nantikan koleksi petua yang lain pula yang Mama akan kongsikan ya. =)
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)