Thursday, February 06, 2014

Assalamualaikum.

Sudah besar anak dara kami ni rupanya, dah setahun dah dia. Tapi sebenarnya Aneesa dah masuk ke umur setahun pada 14 Januari lepas. Tapi saya tak sempat nak masukkan ceritanya dalam blog ini. Kebetulan pula tarikh tu adalah tarikh cuti sempena Maulidur Rasul. Dan sehari sebelumnya, kami bertolak ke rumah Along di Skudai, bersama-sama dengan Bonda dan Kakteh.

Kami tak ada buat majlis sambutan harijadi pun untuk Aneesa. Cuma belikan sebiji kek, dan makan ramai-ramai. Kalau ikut pada perancangan asal, memang nak buat majlis di rumah sendiri. Tapi, barang-barang kami dari Perancis belum sampai lagi. Rumah kami masih lagi kosong tanpa barang.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates