Monday, September 08, 2014

Assalamualaikum.

Majoriti ibu-ibu mengandung mula merasa risau apabila melihat berat badan mereka naik mendadak sepanjang tempoh kehamilan. Ada juga yang mengalami penambahan berat badan hampir 25-30kg sepanjang proses mengandung. Keadaan ini menyebabkan si ibu menjadi tidak sabar-sabar untuk melahirkan anak dan kemudian menjadi kurus semula.

Tetapi proses menguruskan badan selepas bersalin bukan mudah seperti yang disangka. Masih ramai lagi yang tidak dapat mengurangkan berat badan walaupun selepas berbulan-bulan. Kadang-kadang tu sampaikan nampak macam masih mengandung pun ada! Namun yang ajaibnya pula bagi ibu muda di dalam video ini, beliau dapat menurunkan berat badan selepas bersalin dengan cara yang sangat simple!

1. Menyusukan bayi secara ekslusif

Penyusuan eklusif ini bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu sahaja sejak lahir dan sehingga berumur 6 bulan. Harus diingat, bayi tidak perlu minum air masak seperti kita orang dewasa ini, sebab di dalam susu ibu sendiri sudah mempunyai kandungan air. Malahan, susu ibu ini sangat berharga kerana dilengkapi dengan segala nutrien dan antibodi yang diperlukan oleh bayi.

Proses penyusuan dapat membantu mengurangkan berat badan kerana ianya dapat membakar antara 200-500 kalori setiap hari. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak. Jadi, silalah menyusukan anak anda dengan susu ibu sahaja ye. Jika mempunyai sebarang masalah penyusuan, anda boleh mendapatkan pelbagai info dan bimbingan yang ada di internet ini.

2. Berpantang dengan betul

Kebanyakan ibu moden tidak mengambil berat tentang proses berpantang. Tapi sebenarnya proses ini sangat penting kerana ianya merupakan waktu emas untuk si ibu berehat dan mengembalikan semula kesihatan tubuh badannya. Semasa proses berpantang, si ibu perlu menjaga pemakanan dengan betul.
Ibu perlu kerap makan, tetapi dalam kuantiti yang sedikit ataupun yang sekadar perlu. Jangan lupa untuk mengambil kira kandungan kalori yang diambil setiap hari. Dan banyakkan minum air kosong setiap hari.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates