Dari Batu Pahat ke Gombak
Assalamualaikum.
Lamanya dah tak update blog ni! Maaf la ya, tuan blog agak sibuk kebelakangan ni. Dalam bulan Disember tahun lepas, Mama dah mula sibuk bungkus-bungkus barang untuk berpindah. Dan pada 17 Januari lepas, kami dah selamat berpindah dari Batu Pahat ke Gombak. Haa lepas pindah sudah mesti la sibuk nak kemas-kemas rumah pula kan?
Masa mula-mula masuk rumah ni, memang rasa macam geli je nak tinggal kat sini. Sebabnya penyewa rumah yang sebelum ni tinggalkan rumah dalam keadaan yang sangat-sangat kotor! Kalau Mama letak gambarnya di sini pun, mesti ada yang geli nak tengok. Yang paling Mama tak tahan tengok adalah bahagian bilik air. Rasanya macam tak pernah dibersihkan kot. =(
Untuk bersihkan kedua-dua bilik air (atas dan bawah) je dah mengambil masa dalam seminggu. Lepas dah bersih, barulah rasa selesa sikit. Sekarangni Alhamdulillah rumah dah hampir selesai kemas, cuma tinggal beberapa benda je lagi kena uruskan.
Oh mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kami berpindah ke Gombak? Cik Abang sambung buat PhD di UIA Gombak. InsyaAllah kami akan tinggal di sini untuk tiga tahun. Harap-harap Cik Abang dapat habiskan dalam masa tiga tahun ni, doa-doakan la ye. =)
Ada beberapa benda lagi yang Mama nak kongsikan dengan semua, nantilah dulu ye. Kita sambung esok. Bye.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)