Tuesday, March 03, 2015


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berpeluang menghadiri Seminar Literasi Bacalah Anakku & Read Easy. Seminar ini bertujuan untuk mengajar ibubapa cara yang betul mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonik gabung-bunyi. Dan seminar tersebut disampaikan sendiri oleh pengasas dan penulis buku Bacalah Anakku ini iaitu Puan Nik Eliani Nik Nawi.

Seminar ini memang sangat best, sebabnya Puan Nik memang pandai untuk menyampaikan ilmu tanpa membuat hadirin merasa bosan. Kalau tengok pada Puan Nik ni, mesti tak percaya umur dia dah 50 tahun lebih tau. Nampak muda sangat!

Alhamdulillah, memang banyak sangat input yang saya dapat dari seminar ini. Jadi saya nak kongsikan serba-sedikit dengan semua ya tips untuk ajar anak mudah membaca.

TIPS 1: Jangan ajar anak kenal huruf ABC

Haa apa? Biar betul ni? Nak anak pandai membaca tapi jangan kenalkan dengan ABC? Ya, jangan ajar anak untuk nyanyi lagu ABC, ataupun hafal dari A-Z. Kalau dah terbuat, cakap kat anak buat masa ini kita campak dulu ABC ini ke luar tingkap ye. Nanti bila anak dah pandai membaca, barulah kita kutip balik ABC tu dan kenalkan pada anak.


TIPS 2: Ajar anak untuk kenal BUNYI HURUF

Inilah yang sebenarnya yang paling penting untuk anak-anak tahu. Anak kena kenal bunyi untuk huruf, bukan nama huruf tersebut. Pening ehh? OK saya ringkaskan macam ni. Ada satu haiwan ni namanya LEMBU, bunyinya MOO. Ada satu haiwan lagi ni namanya KAMBING, bunyinya EMBEKKK. Jadi untuk huruf A, bunyinya aa. Untuk huruf U, bunyinya uu. Boleh dapat tak?


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAJAR ANAK KENAL BUNYI HURUF:
1. Beritahu anak, "Ok hari ni Mama nak ajar satu bunyi, tengok ye mulut Mama ni" Buat dulu bentuk mulut dan baru keluarkan bunyi. Macam untuk huruf A, kita buka mulut besar-besar, dan barulah keluarkan bunyi aaa.
2. Ulang balik beberapa kali dan suruh anak ikut.
3. Lepas itu buat juga dengan teknik asosiasi untuk membantu anak-anak untuk lebih ingat. Untuk A, teknik asosiasinya adalah macam orang terkena api dan jerit 'aaaaa'! Jadi bila anak-anak terlupa, bolehlah kita buat-buat macam orang terkena api ni dan mesti anak akan tahu dia kena sebut aaa


4. Bila anak dah tahu buat bunyi, barulah kita tunjuk kad huruf A dan cakap pada anak "tadi kan Mama ajar bunyi aa, haa inilah dia bunyi aa tu"
5. Banyakkan aktiviti hands-on untuk menambahkan lagi memori anak-anak untuk setiap bunyi yang sudah dikenalkan. Dan secara tak langsung mengajar anak cara menulis huruf yang betul.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah:
(a) gunakan plastisin untuk buat bentuk huruf
(b) tulis bentuk huruf dengan menggunakan crayon
(c) tulis bentuk huruf dengan menggunakan warna air dan jari
(d) tulis di atas pasir

TIPS 3: Ajar Anak Untuk Menggabungkan Bunyi (Blending)

Bila anak-anak dah kenal bunyi huruf, barulah kita ajar cara untuk gabung bunyi. Boleh cakap macam ni "Ok hari ni mmm nak kawan dengan aa. Tengok ni ye Mama buat (mula-mula jarakkan kad M dan A, kemudian dekatkan sikit demi sikit). Mm...aa..mm..aa.. Ok sekarang mm dah kawan dengan aa, bunyinya MA. Ulang balik beberapa kali dan kemudian bolehlah buat dengan gabungan bunyi-bunyi yang lain pula.



Untuk ibubapa yang super sibuk, mesti rasa macam tak sempat je nak buat semua ni kan? Sebenarnya, hanya perlukan beberapa minit je setiap hari. Terutamanya untuk kenalkan bunyi huruf tu. Misal kata hari ni nak kenalkan bunyi untuk A, pagi buat sekali, petang sekali, dan sebelum tidur lagi sekali. Setiap sesi dalam 2-3minit je. Anak-anak pun bukannya boleh fokus lama-lama sangat pun. Cuma untuk aktiviti hands-on tu, mungkin lama sikitlah. Bagi ibubapa ysng bekerja, bolehlah buat aktiviti hands-on ini pada hujung minggu.

Secara ringksnya inilah tiga tips mudah yang saya boleh kongsikan dengan semua. Ini hanya sebagai pengenalan sahaja kepada yang masih tak tahu apa itu teknik fonik. Tetapi saya cadangkan untuk ibubapa pergi ke seminar tersebut dan dengar sendiri penerangan dari Puan Nik. Lagipun Puan Nik akan ajar cara untuk sebut setiap bunyi huruf dengan betul. 

Saya nak ajar kat sini memang susah, sebab tak dapat nak tunjukkan bunyi tu. Ataupun boleh juga rujuk apda video-video yang ada di Youtube. Boleh follow FB Nik Eliani Nik Nawi untuk tahu seminar seterusnya. InsyaAllah selepas ini saya akan pergi untuk kursus intensif pula. Jom pergi sama-sama nak tak? =)

p/s: Untuk dapatkan banyak lagi idea mengajar anak di rumah, bolehlah sertai group Homeschooling Malaysia ini ye. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates