Monday, April 20, 2015



Assalamualaikum.

Sekarangni sudah semakin ramai wanita yang mengambil keputusan untuk berkerja dari rumah, ataupun lebih dikenali sebagai golongan WAHM (work at home mom). Susah sebenarnya nak bekerja dari rumah ini sebabnya kita kena pandai bahagikan masa antara urusan rumahtangga dan urusan kerja. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil yang perlu dijaga, memang boleh jadi huru-hara!

Tapi susah bukanlah bermaksud mustahil, kan? Mesti ada tips dan trik yang boleh kita praktikkan supaya boleh menjadi seorang WAHM yang power. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah ruangan bekerja. Selalunya dipanggil sebagai SOHO (small office home office).

Tak kiralah sekecil mana pun rumah kita, cuba cari satu ruang yang dikhaskan untuk kita bekerja. Letakkan semua barang keperluan bekerja di situ supaya lebih mudah untuk kita fokus. Macam Mama sendiri, Mama buat sudut SOHO sendiri di dalam bilik tidur.

Ruang SOHO Mama ni sangat-sangat simple je sebenarnya. Cuma ada sebuah meja dan sebuah kerusi tanpa jenama (kalau dah kaya nanti bolehlah beli barangan ofis IKEA, hehe). Dan di atas meja tu Mama letak whiteboard untuk tampal benda-benda yang Mama rasa penting. Kebanyakkannya adalah kata-kata motivasi untuk diri sendiri. =)

Dan Mama juga sediakan satu kotak sebagai tempat untuk menyorokkan barang-barang ini:



Iaitu buku-buku yang berkaitan dengan kerja Mama dan juga alat-alat tulis. Benda-benda ni memang kena disorokkan, kalau tak mesti sekejap je dah hilang semua pen dan buku pun semua habis diconteng oleh Ammar dan Aneesa. Jadi untuk mak-mak yang ada masalah macam ni, silalah sediakan kotak untuk menyorokkan barang-barang berharga dari anak-anak kita tu ye. =)

Benda lain yang perlu ada lagi di SOHO bagi seorang WAHM adalah planner. Di bawah ini planner Mama, cantik kan warna oren? Apa yang ada dalam planner ni? Nanti Mama akan kongsikan dalam entri seterusnya.


Jadi, bagi yang ingin menjadi seorang WAHM yang berjaya, langkah pertama yang perlu dibuat sekarang adalah mencari satu ruang di rumah yang boleh dijadikan sebagai SOHO. Kemudian sediakan keperluan-keperluan asas untuk menjadikan ruang tersebut selesa untuk bekerja.

Kumpul semua barang-barang keperluan bekerja di ruangan tersebut dan hiaslah sikit mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat bekerja dari rumah ye! =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates