Wednesday, September 02, 2015

Assalamualaikum.

Bila ada anak, semuanya pun akan berubah. Jika dulu rumah sentiasa kemas, tapi kini rumah pasti dipenuhi dengan pelbagai mainan anak. Dah memang lumrah menjadi ibubapa, kita pasti ingin belikan anak dengan pelbagai jenis permainan.

Namun, pernah tak kita ambil tahu jenis permainan yang sesuai untuk anak? Dan permainan manakah yang berbaloi untuk dibelikan? Kali ini saya kongsikan empat jenis permainan yang setiap anak perlu ada.


Blok kayu
Ini merupakan mainan klasik. Setiap anak perlu bermain dengan blog kayu ini kerana banyak manfaat yang bakal mereka dapat darinya. Semasa bermain blog kayu, anak-anak akan mengasah kemahiran motor halus, dan juga koordinasi mata-tangan. Kemahiran berfikir mereka juga akan meningkat apabila memikirkan binaan-binaan yang boleh dibina dengan blok kayu tersebut.


Lego
Lego juga bagus untuk kemahiran motor halus anak dan koordinasi mata-tangan. Pelbagai binaan boleh dibentuk dengan menggunakan Lego. Semakin lama anak terdedah pada Lego, anda pasti akan dapat melihat peningkatan dalam setiap binaan yang mereka hasilkan.


Puzzle
Puzzle mempunyai kelebihan untuk menambah daya fokus anak-anak. Ini kerana mereka perlu fokus untuk menyiapkan satu-satu puzzle. Anak-anak juga akan belajar bersabar untuk menyelesaikan masalah yang ada di depan mereka ini.


Set Keretapi
Seelok-eloknya dapatkan set keretapi dari material kayu kerana ianya lebih berkualiti dan tahan lama. Keretapi yang perlu digerakkan secara manual adalah lebih baik berbanding yang bergerak menggunakan bateri.  Apabila anak sudah besar, berikan peluang untuk dia bermain set keretapi ini bersama-sama dengan blok kayu dan lego. Mereka pasti akan membuat pelbagai binaan di sekitar kawasan landasan dan menjadikan permainan tersebut lebih menyeronokkan.



Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates