Thursday, October 08, 2015

Assalamualaikum.
Homeschooling dah makin popular di Malaysia. Terutamanya di kalangan ibu-ibu muda. Saya pun dah lama minat dengan homeschooling ni. Tapi dulu susah sangat nak jumpa support group.
Dan baru-baru ini, ada satu group FB yang ditubuhkan oleh kenalan FB saya. Dalam beberapa hari je jumlah ahli group dah beribu. Masa saya tengah tulis entri ini, angkanya adalah sebanyak 7828orang!


Apa yang bestnya group ni? Dalam ini banyak dikongsikan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak di rumah. Memang rambang mata tengoknya. Ada aktiviti untuk pelbagai peringkat umur tau.

Kalau dulu saya banyak cari idea dari Pinterest. Dan kebanyakkannya dari blog-blog minah saleh. Tapi sekarang, bolehlah cari idea dari ibu-ibu Malaysia pula. =)

Dan yang menariknya, ibu-ibu ini lebih tekankan kepada Quranic Learning. Maksudnya, ajar anak kenal al-Quran dulu. Yang lain-lain itu sebagai sampingan.

InsyaAllah bila ada support group yang sangat best ini, mungkin boleh jadikan saya lebih bersemangat untuk buat aktiviti dengan anak-anak setiap hari.

Nak join tak group tu? Sila klik link ini ye : Homeschooling Genius Syurga

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates