Menyimpan Emas untuk Pendidikan Anak? Berapa Emas di Perlukan?
Pendidikan tinggi memerlukan kos yang banyak. Bagi ibubapa yang berkemampuan, mereka tidak menghadapi sebarang masalah jika anak mahu meyambung pelajaran. Tetapi bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana, kebanyakannya terpaksa membuat pinjaman pendidikan.
Bagi yang masih mempunyai anak kecil, eloklah anda hadamkan entri ini sehingga habis untuk mengetahui cara terbaik membuat simpanan emas bagi menampung kos pendidikan anak-anak.
Di sini saya akan menganalisis secara terperinci mengenai keuntungan yang bakal diperolehi dengan menyimpan emas.
Berdasarkan maklumat dari pembacaan serta analisa kenaikan harga emas bagi tahun-tahun sebelum ini, purata kenaikan harga emas di pasaran dianggarkan sebanyak 20%. Ini bermakna setiap tahun harga emas akan naik sebanyak 20%.
Pada tahun pertama kita membeli emas, kos pembeliannya adalah RM170x12 bulan = RM2040.
Pada tahun kedua, terdapat kenaikan harga sebanyak RM34 atau 20% dari tahun sebelumnya menjadikan harga emas pada tahun kedua RM34(atau 20%) + RM170 = RM204. Pada tahun ke-10 anda membeli emas, harganya sudah menjadi RM877.17 bagi setiap gram.
Cukup tahun ke-10, anda sudah memiliki sebanyak 120gram emas (1gram X 12bulan x 10tahun) dan jumlah duit yang telah anda keluarkan untuk membeli kesemua emas ini adalah sebanyak RM52,955.71.
Apa yang perlu anda lakukan adalah meyimpan emas-emas tersebut selama tujuh tahun lagi, iaitu pada ketika ini anak anda sudah pun berada di tingkatan 5 dan bersedia untuk mengambil peperiksaan SPM.
Apa yang berlaku pada nilai emas anda setelah 7 tahun berlalu? Jadual dibawah menerangkan lebih terperinci mengenai kenaikan harga emas.
Dengan kenaikan sebanyak 20% setahun, pada tahun ke-17 kenaikan emas menjadi 340% berbanding pada tahun pertama harga emas. Ini menjadikan harga emas sebanyak RM3143.03 segram.
Sekarang anda memiliki 120gram emas. Jika anda gadai kesemua emas ini, anda bakal miliki 120gram x RM3143.03 = RM377,163.60!!!
Bagi yang masih mempunyai anak kecil, eloklah anda hadamkan entri ini sehingga habis untuk mengetahui cara terbaik membuat simpanan emas bagi menampung kos pendidikan anak-anak.
Di sini saya akan menganalisis secara terperinci mengenai keuntungan yang bakal diperolehi dengan menyimpan emas.
Beli Emas Selama 10 Tahun
Saya menyarankan anda untuk membeli emas sebanyak 1 gram setiap bulan. Dalam kiraan ini, saya menggunakan tempoh 10 tahun bagi pembelian emas tersebut. Untuk makluman, harga emas seringkali berubah dari semasa ke semasa. Maka bagi memudahkan perkiraan, kita gunakan harga purata emas iaitu :
Harga Satu Gram Emas 999.9 atau Gold Bar 999.9 bersamaan RM170 segram
Pada tahun pertama kita membeli emas, kos pembeliannya adalah RM170x12 bulan = RM2040.
Pada tahun kedua, terdapat kenaikan harga sebanyak RM34 atau 20% dari tahun sebelumnya menjadikan harga emas pada tahun kedua RM34(atau 20%) + RM170 = RM204. Pada tahun ke-10 anda membeli emas, harganya sudah menjadi RM877.17 bagi setiap gram.
Cukup tahun ke-10, anda sudah memiliki sebanyak 120gram emas (1gram X 12bulan x 10tahun) dan jumlah duit yang telah anda keluarkan untuk membeli kesemua emas ini adalah sebanyak RM52,955.71.
Simpan Emas Tersebut Selama 7 Tahun Lagi
Andaikan anda mula membeli serta menyimpan emas sebaik sahaja anak anda dilahirkan. Ini bermakna cukup 10 tahun anda membeli emas ini, anak anda sudah berada di Darjah 4 sekolah rendah.Apa yang perlu anda lakukan adalah meyimpan emas-emas tersebut selama tujuh tahun lagi, iaitu pada ketika ini anak anda sudah pun berada di tingkatan 5 dan bersedia untuk mengambil peperiksaan SPM.
Apa yang berlaku pada nilai emas anda setelah 7 tahun berlalu? Jadual dibawah menerangkan lebih terperinci mengenai kenaikan harga emas.
Dengan kenaikan sebanyak 20% setahun, pada tahun ke-17 kenaikan emas menjadi 340% berbanding pada tahun pertama harga emas. Ini menjadikan harga emas sebanyak RM3143.03 segram.
Sekarang anda memiliki 120gram emas. Jika anda gadai kesemua emas ini, anda bakal miliki 120gram x RM3143.03 = RM377,163.60!!!
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)