Anak Tak Suka Menulis? Cara Ini Mungkin Membantu
Assalamualaikum.
Anak tak suka pegang pensel. Rasa-rasanya ramai ibubapa yang hadapi masalah ini kan? Ammar pun macam tu juga. Bila disuruh menulis, dia akan cakap 'penatlah'. Kalau mewarna guna pensil warna memang tak pernah siap. Dia cuma akan buat sikit dan tinggalkan.
Bila saya nampak dia tak suka pegang pensel lama-lama, saya memang tak paksa. Tapi dalam beberapa minggu lepas, tiba-tiba sahaja Ammar berjaya mewarna satu gambar sehingga selesai.
Terkejut saya tengok! Inilah hasilnya.
Dalam hari yang sama banyak betul gambar yang dia warnakan. Esoknya pula dia sibuk melukis dan menulis. Ini lukisan keluarga yang pertama Ammar lukis. Nasib baiklah dia cakap yang gemuk tu Papa! Hihi.
Bila saya fikirkan semula, apa yang menyebabkan dia tiba-tiba dah boleh pegang pensel lama-lama?
Dan baru saya perasan yang seminggu sebelumnya saya ada belikan playdough. Memang leka Ammar dan Aneesa main playdough tersebut.
Playdough Membantu Anak Pegang Pensel?
Sebelum ni saya memang ada buat playdough sendiri, tapi main kejap-kejap je. Yang playdough beli ni boleh dikatakan sepanjang hari diorang duk main. Daripada empat jenis warna berlainan sampaikan dah bercampur-campur jadi warna coklat. Huhu. Nasib baiklah beli yang murah je di kedai Mr. DIY.
Alhamdulillah, senang sikit hati ini bila Ammar dah boleh pegang pensel lama-lama. Tahun depan nak masuk sekolah dah ni.
Kalau anak-anak anda pun ada masalah macam ni, cubalah bagi mereka main playdough lama-lama ye.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)