Izz Ammar Dah Masuk Tadika
Assalamualaikum.
Hari ini Ammar dah masuk tadika, untuk kelas 5 tahun. Mula-mula dulu kami risau juga kalau-kalau tak mahu ke sekolah. Sebabnya setiap kali ditanya, dia akan jawab 'tak nak, takut. cikgu marah'.
Tapi kami daftarkan juga sebab nak beri Ammar peluang bergaul dengan kawan-kawan. Mungkin dengan cara ini skill komunikasi dia akan meningkat.
Tapi bila dah di bawa ke kelas percubaan selama tiga hari bulan Disember lepas, dia terus nampak seronok nak ke sekolah. Alhamdulillah, bersyukur sangat.
Selamat Datang Tahun 2016
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2016! Cepat betul masa berlalu sekarang ni kan?
Biasanya bila sebut pasal tahun baru ni, mesti orang akan bercakap mengenai azam tahun baru. Saya pun ada jugalah pasang azam baru. Tapi yang tahun lepas-lepas punya pun tak tertunai lagi! Hihi. Haa macam mana nak jawab tu?
InsyaAllah untuk tahun 2016 ini saya rancang untuk jadi lebih produktif. Nak jadi lebih pandai urus masa, hidup, dan kewangan. Sebab itu saya buat planner printables, supaya lebih mudah untuk saya atur hidup.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)