Cerita Perihal Anak-Anak
Assalamualaikum.
Tiba-tiba rasa macam dah lama je tak bercerita mengenai hal anak-anak di blog ini. Jadi, hari ini saya nak membebel umpama seorang ibu sejati. Hehe. 30 April lepas (erk punya lama cerita diperam), Izz Ammar demam panas. Dah lama sangat dia tak demam. Kali terakhir Ammar demam panas tahun lepas, masa kami ada di Malaysia.
Bila demam ni, Ammar asyik nak duduk melekat je dengan Mama dan Papa dia ni. Tak nak berenggang langsung. Lepas tu asyik merengek je. Tidur pun tak lena, kejap-kejap je terjaga. Mungkin tak selesa dengan badan yang panas tu. Masa demam ni, selera makan pun tak ada, sampaikan badan Ammar nampak susut sedikit.
Bila kami dah asyik melayan Ammar je, rasa kesian pula kat Irdhina Aneesa. macam kekurangan kasih-sayang pula sepanjang Ammar demam. Rasanya macam Ammar jadi adik kecil, Aneesa pula kakak besar. Aneesa tak banyak ragam sepanjang abangnya demam, tapi kadang-kadang buat muka tak puas hati, dan kadang-kadang buat muka sedih.
Lama juga Ammar demam kali ni, lebih kurang seminggu. Bila dah baik demam, dia banyak tidur dan banyak makan. Dan sekarangni Alhamdulillah, Ammar dah sihat macam selalu. Aneesa pun dah dapat balik perhatian yang sepatutnya. =)
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)