Menanti Saat Kematian
Assalamualaikum.
Mati tak mengenal usia. Tak kira tempat, dan tak kira siapa. Kalau dah ditakdirkan ajal dah sampai, maka tamatlah sudah cerita kita di dunia ini.
Siang tadi tiba-tiba saya terfikirkan satu perkara. Kalaulah kita sebagai ibu yang ada anak-anak kecil ini ada penyakit kritikal dan ada masa beberapa bulan sahaja lagi, apa yang kita akan buat?
Kita tolak tepi perihal tambah amal ibadat dan mencari penawar, kerana benda ni semua orang pun akan buat.
Apa yang saya terfikirkan adalah persiapan apa yang kita perlu baut untuk anak-anak? Apa yang kita nak anak tahu buat? Apa yang perlu kita tinggalkan buat mereka?
Persoalan ini saya letakkan di status Facebook, dan ramai yang memberikan komen yang membina.
Di bawah ini adalah antara komen-komen yang menarik perhatian saya:
Alhamdulillah, banyak sangat input-input menarik yang boleh kita buat kan? InsyaAllah, saya nak cuba buat benda ni sikit-sikit. Semoga jika saya tak dapat nak tengok anak-anak membesar depan mata, tapi mereka tetap dapat hidup dengan sempurna.
Kita letakkan anak-anak dalam jagaan Allah. =)
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)