Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, dah hampir dua tahun kami merantau di negara orang ini. Tak lama lagi nak balik dah. Insyaallah kalau tak ada apa-apa halangan, dapatlah kami beraya di Malaysia tahun ini. Tak sabar sangat rasanya nak balik Malaysia. Kalau boleh, esok juga rasa nak balik!

Tapi sekarang ini masih lagi dalam proses nak packing barang-barang. Shipping datang hari Isnin depan. Barang-barang tak habis kemas lagi ni. Tunggu Cik Abang habis konvo esok, dan lepas tu kami akan mengemas betul-betul. harap-harapnya Ammar dan Aneesa tak meragam dan tak mengacau. Susah juga nak buat kerja dengan dua orang anak kecil ni, tapi dioranglah penghibur dan penyeri hidup kami di sini.

InsyaAllah, lepas ini saya akan ceritakan pasal penglaman kami bercuti ke Nice, Milan, Venice dan Monaco dalam entri selepas ini. Dan juga akan kongsikan secara umum pandagan saya tentang menetap di negara orang ini, apa kelebihan dan apa kekurangannya. Oh ye, nanti akan diselitkan juga dengan entri perkembangan Ammar dan Aneesa. Nantikan ye.. =)