Assalamualaikum.

Selalunya bila disebut tentang pencuci muka, kita akan terbayangkan sabun yang berada di dalam tiub. Bila nak guna, cuma perlu picit ke tapak tangan yang basah dan gosok-gosok sampai berbuih, kan?

Namun, lain pula ceritanya dengan sabun muka Mary Jardin. Sebab ianya dalam bentuk sabun buku. Ada yang risau bila tahu pasal ni. Sebab takut cepat habis. Hihi.

Tapi yang sebenarnya kan, sabun ni boleh digunakan sehingga 3 bulan tau! Tahan tiga bulan ni dengan cara penggunaan dua kali sehari.

Macam mana boleh tahan lama? Ok ini tipsnya.

Tips Pertama

Bila dapat je sabun tu, terus potong kepada beberapa bahagian kecil. Untuk potong ni, kena guna pisau plastik tau. Jangan guna pisau besi sebab pisau besi ada cas yang akan mengganggu bahan aktif dalam sabun ni. Nanti dah tak berapa nak berkesan la sabunnya.

Bila dah siap potong, ambil satu bahagian dan masukkan ke dalam bekas bertutup. Yang lebih tu pun, letak dalam bekas bertutup dan simpan di tempat yang kering.

Tips Kedua

Bila nak guna, ambil/colek sedikit sabun tu dan letak pada tapak tangan yang basah. Lepastu gosok-gosokkkan tangan dan barulah disapu ke muka. Ratakan ke muka dalam 10-20 saat sahaja, jangan lama-lama pula. Kemudian, terus bilas sehingga bersih.

Jangan pergi ambil satu kiub tu dan gosok-gosok pada tangan, pastu letak balik dalam bekas. Macam korang selalu buat kalau guna sabun badan buku tu. Hihi.

Kalau buat cara macam tu, nanti sabun tu akan cepat habis. Sebab sabun MJ ni teksturnya lembut je tau, tak keras macam sabun badan dalam bentuk buku tu.

InsyaAllah dengan dua tips mudah ni, sabun muka yang dibeli dengan modal RM40 ini dapat digunakan selama tiga bulan.

Memang berbaloi-baloi! =)

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, sila klik gambar di bawah: