Tuesday, May 19, 2015

Assalamualaikum.

Kebanyakan tadika sekarang menggunakan kaedah fonik untuk membantu anak-anak belajar membaca. Dulu, Mama juga tidak tahu apa itu kaedah fonik. Mama tertanya-tanya kenapa kaedah ini dilaksanakan dan bagaimana ianya membantu anak-anak untuk belajar membaca dengan cepat.

Disebabkan rasa ingin tahu yang tinggi ini, Mama ambil keputusan untuk sertai Seminar Literasi Bacalah Anakku & Read Easy pada bulan Februari lepas. Seminar ini disampaikan sendiri oleh pengasas dan penulis buku Bacalah Anakku ini iaitu Puan Nik Eliani Nik Nawi.

Alhamdulillah, hasil dari menghadiri seminar ini, Mama sudah tahu apa sebenarnya kaedah fonik dan kelebihannya. Jika waktu kecil dulu kita diajar untuk kenal dan hafal huruf A-Z, kemudian kita belajar mengeja, dan selepas itu barulah kita dapat membaca.

Tetapi dengan kedah fonik, anak-anak cuma perlu tahu bunyi bagi setiap huruf, dan bukannya nama huruf tersebut. Contohnya untuk huruf A, bunyinya /a/. Untuk huruf U, bunyinya /u/.

Bila anak-anak sudah mengenal bunyi bagi setiap huruf, kita boleh mengajar anak untuk menggabung bunyi pula. Contohnya bunyi untuk M (disebut em) dan A (disebut aa) akan menghasilkan bunyi MA.

Bila anak-anak sudah mampu menggabung bunyi dengan sendiri, InsyaAllah mereka mampu membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang diberikan pada mereka. Jadi, memang tidak mustahil jika anak-anak zaman sekarang sudah boleh membaca pada peringkat umur yang masih awal lagi.

Sebagai permulaan, bolehlah bagi anak-anak dengar video Abu Ada Ayam untuk kenal dan hafal bunyi bagi setiap huruf. InsyaAllah selepas ini Mama akan kongsikan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dibuat di rumah untuk ajar anak membaca dengan kaedah fonik ini.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates