Assalamualaikum.

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman semasa mengandungkan 'Aqeelah. Masa tu, saya mengalami batuk teruk dari awal mengandung dan batuk tu hanya betul-betul hilang selepas bersalin.

Setiap kali batuk, area belikat saya akan rasa sakit. Dah pergi urut pun, tapi sakit tu tetap tak hilang. Kadang-kadang tu saya sampai menangis menahan sakit.

Batuk ni akan jadi makin teruk bila malam. Jadinya, setiap malam memang saya susah nak tidur. Selalunya saya akan tertidur bila dah terlalu letih, iaitu dalam pukul 3-4pagi. Kadang-kadang tu sampai ke Subuh tak dapat tidur.

Jadinya lepas solat, saya akan tidur semula. Urusan Ammar nak ke sekolah pun memang suami yang uruskan. Boleh dikatakan kebanyakan kerja rumah suami yang setelkan. Saya cuma buat bila rasa larat.

Masa mengandung tu kan, nak bercakap pun saya takde mood tau. Sebabnya bila bercakap, batuk jadi makin teruk. Kiranya masa tu keadaan saya memang teruk dan tak terurus. Hal bisnes pun saya tinggalkan. Blog pun saya tak hiraukan langsung.

Kalau nak diikutkan, macam-macam petua dah cuba untuk hlangkan batuk, tapi tak berkesan. Akhirnya, saya redha je la dengan keadaan tu. Dah memang pembawakan budak. Alhamdulillah, lepas je bersalin terus hilang. Meman bersyukur sangat-sangat.

Bila dah hampir setahun hidup dalam 'kegelapan', kini saya lebih menghargai dan menikmati waktu sihat. InsyaAllah, lepas ni dah kembali aktif berblog, sama macam zaman dulu-dulu. =)