Hati Berbunga Riang
Assalamualaikum.
Rasa macam ada banyak je benda yang hendak ditaip, tapi semuanya tengah tunggang langgang dalam otak ni, tak sempat nak disusun satu demi satu. Jadinya, entri kali ini saya buat dalam bentuk point form ajelah ye. ^_^
- Esok (Rabu) kitorang dah nak bertolak balik Malaysia dah. Balik naik KLM, dan InsyaAllah sampai kat KLIA hari Khamis nanti. Memang dah tak sabar sangat2 dah ni. Inilah kali pertama saya berjauhan dari keluarga dalam jangkamasa yang agak lama. So rindu tu, tak boleh nak cakaplah. Rindu sangat2! Tapi mungkin sebab Cik Abang dan Ammar bambam ada kat sini, saya jadi kuat sikit. Menangis rindu pun boleh kira berapa kali jek pun. Kikikiki.
- Selain rindu kat orang, saya rindu kat makanan! Senarai makanan yang nak dimakan teramat2 la banyak! Nak taip semuanya kat sini rasanya boleh penuh satu page kot. Hihi. Tapi apa yang paling saya mengidam adalah keropok lekor. Tak tahulah kenapa, tapi sekarangni hari2 duk terbayang keropok lekor. Grrrr, leleh air liur. Dan memang dah pesan kat Bonda suruh bawak keropok masa datang jemput kat KLIA nanti. Hehe. Hope Bonda tak lupa.
- Nak balik ni memang rasa excited sangat2. Tapi ada benda yang saya bimbangkan. Takut tak boleh nak kawal Ammar. Dia kan tengah lasak sekarangni. Confirm dia round satu kapal terbang tu. Adoi, memang Mama dan Papa Ammar perlukan kesabaran dan kekuatan. Lagi satu saya risaukan kandungan ni. Kan masih awal lagi. Semoga Lil' Baby sihat2 aja di dalam. InsyaAllah.
- Bila dah sampai Malaysia nanti, rasanya saya memang tak dapat dah nak aktif berblog. Mungkin Blog Bardboo ini akan terabai selama dua bulan, mungkinlah. Kot2 tiba rajin, saya update la. Kalau rajin, memang bersawanglah blog ini nampaknya. Nasib baiklah saya memang tak ada ambil apa2 pengiklanan dari pihak luar, so tak perlu fikirkan komitmen. Ranking Alexa dan Google Pagerank kalau nak jatuh ke laut pun, saya tak kisah dah. Dah agak suam2 kuku sebenarnya mood blogging ni. Errrr.....
- Buat rakan2 blogger yang rajin singgah ke blog ni dan tinggalkan komen, saya ucapkan terima kasih sangat2. InsyaAllah akalau ada masa, saya akan balas kunjungan tu. Bila saya lama menyepi, bukan bermakna saya sombong. Kadang2 saya memang ada singgah ke blog rakan2 bila saya online guna handphone. Tapi bila guna handphone ni, memang malas sangat2 nak tinggalkan komen sebab nak taip terkedek2. Pastu asyik salah je plak tu. Kalau yang pakai handphone touchscreen, mesti paham kan masalah ni? =)
- Oh Ok la, rasanya sampai sini je saya merepek buat masa ni. Nak sambung kemas rumah. Doakan kami selamat sampai ye. Kalau ada perjumpaan blogger, jangan lupa ajak Bardboo ye. ^_^
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)