Pengalaman Mengandung di Negara Orang
Assalamualaikum.
Rasanya ramai yang dah tahu kot yang saya sekarangni tengah mengandung anak yang kedua. Yang belum tahu, hah inilah dia den nak bagitahu ni hah. Si Ammar nak jadi Abanglong dah tak lama lagi ni.
Semalam kitorang pergi jumpa gynae, yang appointmentnya dah dibuat sejak minggu lepas. Sampai2 je semalam, terus pergi kat setiausaha gynae tu, dan lepas tu tunggu gynae panggil. Masuk je bilik dia, Cik Abang terus je cakap yang kitorang ni tak tahu cakap French, tahu cakap English je. Gynae ni tahu gak la cakap English, tapi kena cakap perlahan2. Kalau laju sekaligus, dia susah sikit nak tangkap. Tapi kira Ok la, daripada dia tak tahu langsung, kan?
Mula2 tu dia tanya dulu tentang pregnancy yang sebelum ni normal ke tak, bersalin normal ke c-zer, berat Ammar berapa, tanya bila tarikh last period dan so on. Lepas tu, dia pun suruh masuk ke bilik lagi satu dan dia nak buat vaginal examination (VE). Kalau siapa yang tak tahu VE tu apa, silalah Google sendiri ye.
Saya terus cakap saya tak nak buat. Dia kata ni prosedur. Saya tanya balik kenapa perlu buat benda ni. Dia pun cakaplah sebab nak tengok tahap bukaan kat bawah tu, dan nak tahu samaada janin tu betul2 melekat kat dalam uerus atau kat tempat lain. Saya tetap berkeras tak nak buat, sebab bagi saya benda tu tak perlu pun. Lama gak kitorang argue tentang benda tu. Nasib baik Cik Abang tolong saya sekali. Lama2 gynae tu pun kata ok takpe. Fuhh, selamat! =)
Lepastu tadi, kitorang pergi scan Lil' Baby plak. Alhamdulillah, dapat tengok Lil' Baby buat kali pertama. Bestnya! Lil' Baby dah enam minggu, dan EDD nya plak hujung bulan Januari 2013. Nanti saya letak gambarnya ok?
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)