Wednesday, July 11, 2012

Assalamualaikum.

Dah seminggu lebih terpaksa tahan sakit gigi bongsu nak tumbuh. Mula2 tu ingatkan ada gigi berlubang ke. So tetiba saya pun jadilah hamba Allah yang tersangat rajin gosok gigi, konon2 boleh elok terus la kot. Hahaha. Tapi tiba2 je satu malam tu terasa macam nak kira gigi. Atas ada 16 batang, ok good! Tapi bawah baru ada 14 batang, tambah  dengan sebatang yang baru nak muncul. Oh jadi inilah dia punca sakit tu!

Sekarangni barulah tahu betapa azabnya sakit nak tumbuh gigi bongsu ni. Tapi saya punya ni selalunya malam je rasa sakit. Bila datang sakit tu, memang terus tak bercakap. Macam nak nangis, tapi tahan. Ego kena kuat, haha. Tapi terus je ambil ubat dan telan. Cik Abang dah tak perlu paksa2 lagi untuk makan ubat. Kalau tak, demam tiga hari tiga malam pun sanggup tahan tak mahu makan ubat. Bila sakit gigi je, terus telan dengan rela tanpa disuruh. Cik Abang kata nanti kita gi klinik ye, pun terus je angguk laju2. Tapi time sakit je la. Bila tak sakit, buat2 lupa je hal klinik tu. Hehe!

Saya ada mesej abang saya (dia dentist) dan tanya apa nak buat bila sakit gigi nak tumbuh gigi bongsu ni. Dia kata memang tak boleh nak buat apa la. Cuma makan ubat tahan sakit dan kemam ais. Jadi memang itulah benda yang saya akan buat bila sakit tu datang. Harapnya cepatlah gigi tu keluar semua. Tak tahan dah ni. Patutlah bayi pun meragam je bila nak tumbuh gigi kan? Sampai demam2 lagi. Kita yang dah besar ni pun tak tahan, inikan pula budak2.

Korang dah tumbuh gigi bongsu tak? Jom kongsi cerita.. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates