Pembedahan Kecil Untuk Buang Gigi Bongsu
Assalamualaikum.
Akhirnya blog ini berupdate jugak, yaey! Saya update ni pun sebab nak cerita sikit pasal proses buang gigi bongsu ni. Ingat lagi tak saya pernah buat entri pasal sakit bila gigi bongsu nak tumbuh? Masa tu betul2 la saya ingatkan yang gigi tu baru nak tumbuh, tapi dah sampai dua bulan masih sakit lagi, rasa pelik plak. Takkan la tak habis2 tumbuh lagi kan? Huhu.
So masa Uda saya ada balik hari tu, saya suruh dia check gigi saya. Dan dia cakap gigi saya tumbuh senget. Melintang habis, gigi baring la senang cerita! Nak tak nak kena buat operation untuk buang gigi tu. So memang dah plan nak buat kat Malaysia je la. Sebab kalau buat kat France, mesti mahal gila.
Petang tadi kami pergi kat Klinik Pergigian Zahida untuk buat appointment, dan patutnya kena buat Isnin depan. Tapi disebabkan ada patient yang nak cancelkan appointment surgerynya, so dapatlah buat hari ni. Lagi cepat buat lagi bagus. Sebab nak nak bulan puasa ni, kan?
Sebelum pergi tadi, makan dulu nasi kerabu pasar malam seksyen 7 Shah Alam yang sedap tu. Pergh, memang mantaplah! Lepastu baru bersiap2 untuk ke klinik. Hati dah mula dup dap dup dap. Sampai kat sana ramai plak orang. Masa menunggu tu, lagilah rasa cuak bagai tak ingat. Huhu.
Bila dah sampai giliran, masuk dalam bilik tu dan baring kat kerusi. Borak2 sikit dengan doktor tu dan sampaikan salam dari Uda saya kat dia, sebab Uda saya kenal dengan doktor ni. Oh ye, doktor yang buat pembedahan ni doktor pakar kat HTAR, so saya pun rasa yakin lah sikit masa nak buat pembedahan tu.
Doktor tu kata gigi saya ni dekat sangat dengan gigi lagi satu, so dia terpaksa potong gigi tu kepada empat bahagian. Dan disebabkan saya mengandung, dia tak akan bagi apa2 antibiotik dan painkiller yang dibekalkan pun hanyalah Paracetamol. Proses seterusnya adalah doktor nak inject ubat bius. Sebelum ni ramai yang cakap masa nak cucuk gusi tu sakit, tapi saya tak rasa sakit langsung pun. Tak tahulah, mungkin sebab skill yang ada kat doktor pakar tu kot. Huhu.
Doktor inject tiga kali, lepastu tunggu sampai bibir saya dah rasa kebas2, baru dia mulakan proses seterusnya. Proses potong memotong gigi kot. Secara jujur, saya tak tahu pun apa yang doktor buat sepanjang masa saya dalam bilik tu. Saya tutup mata je, dari awal sampai akhir. Hehe. So saya tak nampak jarum nya macam mana, alat apa yang digunakan, jadi kurang sikit rasa takut!
Mula2 tu memang la takut, tapi lama2 rasa mengantuk macam nak tidur plak. Dan saya fikir argh lantaklah doktor nak buat apa, I trust you. Chewahh! Hehe. Ok yang masa dia potong gigi tu kan, saya boleh dengar dan saya boleh rasa tekanannnya. Tapi tak rasa sakit la. Bunyinya kuat betul, macam bunyi orang gergaji kayu, tapi yang ni betul2 kat tepi telinga sendiri. Bingit gak la rasanya.
Bila dah habis potong2, saya rasa pulak doktor tu tengah cungkil gigi tu keluar. Uish dahsyat gak rasanya nak mengeluarkan gigi tu. Huhu. Tapi jangan risau, tak sakit pun. Cuma kita boleh rasa la dia tengah buat benda tu. Dah habis plak cungkil2, doktor pun jahit. Masa ni saya boleh rasa benang tu kena kat tepi bibir. Tak lama lepas tu, siap! Sekejap je pun. Tapi pipi memang bengkak sebelah lah. Nak cakap pun susah.
Ni saya dah mula rasa sakit sikit2, dan dah makan panadol yang dapat tadi. Tak tahulah berapa hari akan sakit ni. Doktor cakap kebanyakannya pesakit akan sakit selama 3-4 hari, tapi ada juga yang sakit sampai seminggu. Huhu. Harapnya saya sakit kejap je la. Banyak lagi benda belum makan ni....
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)