Wednesday, January 02, 2013

Assalamualaikum.

Buat blogger yang dah add saya sebagai friend di Facebook, mesti dah tahu yang mak saya (saya panggil Bonda) sekarang ni tinggal dengan kami di Toulouse. Bonda dah sampai sebulan yang lepas, dan InsyaAllah akan duduk sini sampai bulan Februari nanti.

Bonda datang sini sebab nak tolong menguruskan saya masa dalam pantang nanti. Mula-mula dulu memang Bonda tak nak datang. Puas dipujuk, tapi Bonda tak nak. Akhir sekali saya guna cara yang agak 'keji', iaitu konon-kononya cakap bagi pihak Ammar. Saya cakap macam ni, "Nenda, Nenda tak nak tolong jaga Ammar ke? Kesian Ammar'. Huhuhu. Tak lama lepas tu, terus Bonda cakap setuju nak datang sini.

Saya tahu Bonda berat sangat rasa nak datang sini. Yelar, nak kena tinggalkan anak-anak dan cucu-cucu yang lain kat Malaysia tu. Lepas tu cuaca kat sini dah la berbeza. Dengan makanan pun tak adalah sesedap macam kat Malaysia. Bonda nak ikan fresh je, mana nak dapat kat sini. Daging pula Bonda tak makan. Itu pun nasib baik Bonda dah belajar makan ayam sikit-sikit. Kalau dulu, ayam memang Bonda tak pandang. Almaklumlah, anak nelayan sejati. Huhu.

Dan saya juga tahu Bonda bosan duduk kat sini. Rancangan TV dah lah semua dalam bahasa Perancis. Sebab tu Cik Abang selalu pasangkan cerita-cerita Melayu kat TV, nasib baiklah sekarangni zaman teknologi kan. Huhu. Dan sebab tu juga, kami selalu je bawak Bonda jalan-jalan. Untuk hilangkan bosan dia duduk di rumah. Lagipun kena jalan puas-puas dulu sebelum saya bersalin.
Ok, untuk next entri saya akan ceritakan kat mana kami bawa Bonda pergi jalan-jalan ye. ^_^

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates