VCO Catalyst dan Set Bersalin Tanamera
Assalamualaikum.
Kedatangan Bonda ke Toulouse ni bukan je untuk tolong jaga saya masa dalam pantang nanti. Tapi juga datang dengan membawa macam-macam keperluan untuk saya dan Baby I.A. Barang-barang yang dipesan adalah set bersalin Tanamera, pam susu, bengkung, barut, tungku elektrik, VCO Catalyst, dan macam -macam lagi stok makanan. Hehe, nikmat!
Antara barang-barang tu, yang paling saya nanti-nantikan adalah set bersalin Tanamera dan VCO Catalyst. Tak sabar betul nak guna produk-produk ini. Buat masa sekarang, saya memang dah mula makan VCO kapsul setiap hari. Tapi disebabkan cuaca sini sejuk, minyak dalam kapsul tu beku.
Kesan yang saya nampak, kulit saya tak kering sangat macam dulu, terutama di bahagian muka. Kalau dulu, kulit muka dan badan memang kering sangat-sangat. Yang kulit muka sampai rasa pedih-pedih sebab kering. Sekarang tak ada dah. Dan sejak makan VCO ni, saya dah berhenti dari pakai pencuci muka. Saja nak bagi kulit muka berehat dari sebarang bahan kimia. Lagi satu, proses pembuangan berjalan lancar setiap hari. Hehe.
Yang untuk set bersalin Tanamera pula, saya dah mula pakai minyak kelapa dara dalam bentuk cecair tu. Saya guna untuk sapu kat bahagian bawah tu, dan juga dah mula minum dalam beberapa hari lepas. Saya kena minum guna sudu kecil, barulah rasa ok dan tak ada nak termuntah. Kalau minum sekali banyak, memang cari nahaslah namanya tu. Hehe.
Oh ya, yang minyak ini pun saya sapu gak kat kaki Ammar lepas dia mandi. Kulit kaki Ammar memang kering, macam kulit saya. Tapi dia punya teruk betul. Kalau orang tengok, mesti orang akan tanya kenapa dengan kaki Ammar tu, saya tak sapu losyen ke? Dah sapu dah pun, tapi tak ada kesan.
Jadi bila dah ada stok VCO cecair ini, saya cubalah sapu di kaki Ammar. Lepas seminggu, saya tengok kaki dia dah licin. Bila cakap kat Cik Abang, dia pun tengok kaki Ammar dan terkejut. Lepas dari tu, Cik Abang pun rajinlah tolong sapukan minyak kat kaki Ammar. Hehe.
Dan saya juga dah mula pakai scrub dan minyak herba yang ada dalam set bersalin ini. Tapi yang tak bestnya, minyak herba tu dah tertinggal pula kat hotel masa kitorang pergi becuti di Barcelona minggu lepas. Sedih! Dah la minyak tu best, wangi. Tak apalah, dah tak ada rezeki. Nak buat macam mana kan. Huhu.
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)