Wednesday, April 24, 2013

Assalamualaikum.

Boleh dikatakan majoriti kaum Hawa memang sukakan kejutan, ataupun bak kata Eric Leong 'Surprise!!" Yang buat lagi menarik kalau kejutan tu datang dari orang tersayang. Tapi kadang-kadang kaum Adam ni tak faham, tak tahu, ataupun saja-saja buat-buat tak tahu. Hehe. Betul tak? Betul tak?

Nak dijadikan cerita, adalah satu hari ini, Cik Abang bagi saya kejutan dengan sejambak bunga mawar merah yang dia beli lepas balik dari solat Jumaat. Memang terkejut masa tu, dan rasa terharu sangat. Kali pertama dapat kejutan bunga macam tu. Senyum gembira je lepas tu, sampai berhari-hari lamanya. Wah itu baru penangan sejambak bunga. Kalau seketul intan berlian? @_@

Haha, ok melawak je. Tapi apa yang saya nak sampaikan kat sini, kami kaum perempuan yang lemah ini, memang berjiwa sensitif. Jiwa sensitif kami ini suka dibelai. Dengan mendapat kejutan-kejutan macam ini, kiranya dah tertunailah juga belaian yang diharapkan. Tak perlu pun benda-benda yang mahal, cukup dengan sekadar sejambak bunga. =)

Saya tahu ramai yang melawat blog ini dari golongan Adam kan? Dan ramai yang dah kahwin. Apa kata sesekali bila balik kerja tu, singgah dulu beli bunga untuk isteri. Kalau dia tak suka bunga, belikan benda lain, tapi mestilah benda yang lain dari lain. 

Kalau hari-hari balik kerja belikan dia keropok lekor ataupuan goreng pisang (ok saya memang teringin nak makan benda-benda ini), janganglah beli benda ini gak. Mesti diorang dah tak heran punya. =P

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates