Monday, April 15, 2013

Assalamualaikum.

Selamat memulakan minggu baru buat semua. Di Malaysia sekarangni mesti tengah hebat pungpangpungpang tentang pilhanraya, kan? Kami kat sini tak adalah terasa sangat pun. Nak-nak lagi saya ni, yang memang tak berapa minat nak ambil tahu pasal politik. Ok ni saya nak cerita pasal cerita yang dah agak basi, cerita beberapa minggu lepas.

Kami pergi ke Paris, dengan tujuan nak buat pasport untuk Irdhina Aneesa. Masa tu Cik Abang dah habis semua exam, dan tengah cuti sementara nak tunggu buat praktikal. Jadi kami ambil peluang tu untuk ke Paris. Pergi hari Isnin, pagi-pagi lagi dah bertolak. Tapi sampai ke Paris petang. Almaklumlah, dari Toulouse  ke Paris bukannya dekat. Sampai sakit-sakit pinggang duduk dalam kereta barulah sampai. Huhu.

Esoknya, kami terus buat urusan paling penting dulu, iaitu pergi ke Kedutaan Malaysia di Paris. Cantik bangunan dan hiasan dalamannya. Habis je urusan di sana, kami bergerak ke Eiffel Tower. Saja je nak ambil-ambil gambar walaupun dah pernah ke sana tahun lepas. Tapi tak dapat nak lama-lama di sana sebab Ammar terlalu aktif, berlari ke ke sini. Lagipun cuaca sejuk sangat. 

Lepastu kami terus je balik untuk berehat di hotel. Plan asal untuk berjalan-jalan ke tempat lain terpaksa dibatalkan. Nak simpan tenaga untuk aktiviti esoknya, iaitu menghabiskan masa di Disneyland Paris. Untuk entri seterusnya, saya akan ceritakan pasal Disneyland Paris ini plak, OK? Bye..

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates