Saturday, December 14, 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Aneesa dah sebelas bulan dah. Tinggal lagi sebulan je untuk Aneesa menginjak ke umur satu tahun. Kadang-kadang rasa bersalah juga, sebab jarang sangat update cerita Aneesa di blog. Masa Ammar dulu, tiap-tiap bulan akan bercerita pasal dia je. Sekarangni saya dah agak malas untuk update blog. Ini pun saja paksa diri sendiri untuk menaip sementara anak-anak tengah tidur.

Ni nak cerita perkembangan terbaru Aneesa. Sejak umur dia sembilan bulan, dia dah sibuk nak bertatih, belajar berjalan. Bila dah masuk umur sepuluh bulan, dah berjaya melangkah tiga-empat tapak sebelum jatuh. Sekarangni pun masih macam tu lagi, belum betul-betul stabil lagi. Nak ambil video, memang tak sempat. Kalau nanti ada peluang untuk ambil videonya, saya kongsikan di sini ye, InsyaAllah.

Kalau dari segi gigi pula, dah ada enam batang gigi dah cik adik ni. Empat gigi atas, dua gigi bawah. Gigi kapak Aneesa besar sangat, macam gigi arnab! Hihi. Tapi bila dia senyum, alahai geram je tengok giginya tu. Lagi bertambah-tambah comel.

Oh ye, Cik Adik ni kuat senyum, kuat gelak, dan kuat juga menangis. Hobi dia, melekat je kat Mamanya macam anak kangaru, langsung tak nak berlepas. Badan makin lama makin semangat, macam di pam-pam. Kadang-kadang sampai sakit-sakit pinggang ni mendukung Aneesa.

Sekarangni Aneesa dah pandai nak main sama-sama dengan Ammar. Bahagia je rasa bila dia bergelak ketawa sama-sama. Tapi berebut barang pun pandai juga ni. Bila tak dapat, mulalah melalak! Macam-macam hal.

Alhamdulillah buat setakatni Aneesa masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Semoga saya dapat menysuukan Aneesa sampai umur dia dua tahun nanti, InsyaAllah.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates