Tips dan Petua Mengelakkan Dari Rabun Mata
Assalamualaikum.
Masalah rabun mata bukan masalah yang asing lagi. Lebih-lebih lagi di zaman IT ni, di mana hari-hari pun mata kita terdedah kepada skrin (sama ada skrin hanphone, laptop,TV, dsb) dalam tempoh masa yang lama.
Pendedahan yang kerap seperti ini memang boleh merosakkan mata dengan cepat. Sekarang ini kita boleh lihat yang kanak-kanak kecil pun sudah terpaksa memakai cermin mata disebabkan masalah rabun, kan?
Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan dari masalah rabun mata ini? Mungkin kita boleh cuba tips / petua yang Mama kongsikan di bawah ini:
1. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin A dan D, seperti kangkung, lobak merah, buah buahan seperti epal, mangga, atau betik.
2. Lakukan urutan mata dengan kerap. Mulakan urutan dari tengah kening ke tepi mata, serta dari hujung mata dan ke bawah mata, macam urutan separa bulat. Ia untuk melancarkan peredaran darah ke mata
3.Tutup kedua-dua belah mata. Letak jari telunjuk dan jari tengah pada tengah-tengah mata,dan tekan dengan lembut. Ini untuk mengurangkan regangan otot mata.
4.Letakkan uncang teh chamomile pada mata.
5.Rendam lobak merah dalam air panas dan tinggalkan beberapa minit. Minum air tersebut 3 kali sehari sebelum makan.
6.Rendam kapas dalam air sejuk atau air mawar,dan letak pada mata.
Jom sama-sama kita ambil masa sebentar dan buat rawatan mata. =)
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)