Thursday, October 02, 2014


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semakin ramai surirumah yang menjalankan bisnes online sekarang ini. Walaupun berada di rumah sepanjang hari, ianya tidak menghalang surirumah daripada membantu menambah pendapatan keluarga.

Menjalankan perniagaan dari rumah sebenarnya amat mencabar. Terutama sekali jika mempunyai anak-anak yang masih kecil. Selain daripada menguruskan hal-hal perniagaan, kita juga perlu memasak, membasuh, mengemas rumah, dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan si kecil. Jika tidak diuruskan dengan baik, memang boleh jadi huru-hara!

Tapi nasib baiklah kita kaum Hawa ini memang Allah dah bagi dengan kelebihan superpower, iaitu kita mampu untuk 'multi-tasking'. Walaupun kita ada superpower, tapi tips-tips di bawah ini pasti dapat membantu kita untuk lebih terurus dalam menjalankan bisnes online dari rumah.

Tips Berjaya Bisnes Online Untuk Surirumah

1. Tidur lewat, bangun awal

Bekerja dengan anak kecil memang mencabar, kerana perlakuan si kecil adalah sangat 'unpredictable'. Ada masa mereka gembira bermain sendiri, dan di masa lain pula mereka asyik menangis dan ingin perhatian penuh. Jadi daripada kita terus mengeluh dengan 'masalah' ini, adalah lebih baik jika kita mencari jalan keluar yang sesuai. Caranya, kita perlu tidur lewat dan bangun awal dari anak-anak. Dengan cara ini, kita akan ada banyak masa sendiri untuk menguruskan hal-hal bisnes dengan cepat dan produktif.

2. Sediakan 'to-do list'

To-do list ini memang sangat penting kerana ianya membantu kita untuk kekal fokus dan tidak bercelaru. Sediakan to-do list ini sebelum tidur (boleh gunakan teknik "Bullet Journaling"). Dan apabila bangun pagi, cuba selesaikan perkara paling 'berat' sekali di dalam list tersebut. Teruskan momentum bekerja kita dengan sentiasa melihat kepada list ini. Cuba untuk selesaikan kesemua perkara yang ada di dalam list tersebut secepat yang mungkin. Di sinilah pentingnya kenapa kita perlu bangun lebih awal dari anak.

3. Anggap diri sebagai wanita berkerja

Antara perkara yang dilakukan oleh wanita yang bekerja di luar adalah mereka cuba selesaikan kebanyakan hal-hal rumahtangga pada hujung minggu. Misalnya, mereka akan membasuh dan menggosok baju bekerja pada hujung minggu. Mereka juga akan menyediakan bahan-bahan masakan terlebih dahulu. Sayur-sayuran dan bahan-bahan mentah yang lain akan siap-siap dipotong dan dimasukkan dalam bekas untuk sekali masak. Menu mingguan juga sudah ditetapkan awal-awal lagi supaya memudahkan kerja. Jadi, kita juga perlu buat seperti ini untuk memudahkan kita lebih fokus pada urusan perniagaan.

Inilah antara tiga tips mudah yang saya boleh kongsikan. Anda juga boleh baca entri ini untuk tahu tips menjadi seorang surirumah profesional.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates