Thursday, October 16, 2014

Assalamualaikum.

Apa agaknya perasaan ibubapa yang mempunyai anak yang masih belum bercakap? Sudah semestinya sedih dan juga risau dengan perkembangan si anak. Mesti kita akan terfikir, apa yang aku dah buat silap ni? Mama pun merasai benda ni, sebab Izz Ammar (anak pertama) masih belum pandai bercakap walaupun dah berumur 3 tahun 5 bulan.

Memang ramai yang beranggapan yang anak pertama dan anak lelaki selalunya memang akan mempunyai masalah untuk bercakap. Tetapi, kebanyakan anak-anak sebaya Ammar ini memang ramai yang dah pandai bercakap. Mula-mula, kami ingatkan Ammar ada autism. Sebab awal-awal dulu memang dia ada menunjukkan sedikit ciri-ciri autism.

Tetapi apabila di bawa berjumpa doktor, doktor katakan Ammar budak normal, cuma ada masalah lewat bercakap. Sejak itu, kami terus bawa Ammar untuk jalani sesi terapi pertuturan. Banyak juga sesi pertuturan yang kami pergi, seminggu sekali. Tetapi akhirnya kami terpaksa berhentikan kerana sebab-sebab tertentu.

Dan selepas itu, kami masukkan pula Ammar ke taska. Dengan harapan dia akan bergaul dengan kawan-kawan sebaya dan mudah untuk dia belajar bercakap. Alhamdulillah, sejak masuk taska ni, adalah nampak perubahan positif. Dia dah bertambah rajin untuk menggerakkan mulut untuk keluarkan bunyi, kalau tak dulu Ammar lebih kepada mumbling sahaja.

Untuk setakat ni, Ammar susah pandai sebut air, nak, papa, adik, no. Itu sahaja. Jika mahukan sesuatu, dia akan tarik tangan ataupun buat signal tangan.

Memang sedih bila tengok Ammar. Sedangkan Aneesa lebih banyak bercakap dari abangnya. Tapi Mama berpegang pada prinsip ini, setiap anak berbeza perkembangannya. InsyaAllah kita sama-sama lalui cabaran ini.

Bila tengok anak-anak orang lain dah pandai bercakap dan sekarang dalam proses nak belajar membaca pula, memang Mama rasa tergugat. Rasa takut kalau Ammar ketinggalan dari orang-orang lain. Tapi, Mama kena kuatkan hati. Kena lebih banyak bercakap dengan Ammar. Dan yang paling penting, jangan banding-bandingkan Ammar dengan orang lain. InsyaAllah. Benda ini perlu sentiasa diingatkan.

Anda pula macam mana? Ada tak sebarang pengalaman dengan anak-anak yang lambat bercakap? Jom kongsikan di sini. =)

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates