Tuesday, August 02, 2016


Bagi yang belum tahu, goldbar 1 gram Powergold di seal rapi dengan plastik laminate bagi melindungi goldbar ini dari rosak. Untuk makluman, bukan hanya goldbar Powergold sahaja yang di seal rapi, malah kebanyakan produk syarikat lain juga sama keadaannya.

Makanya ada yang tertanya-tanya adakah betul semua goldbar yang di dalam seal ini mempunyai berat yang tepat? Bagi menjawab persoalan ini, saya telah menguji sendiri goldbar Powergold untuk memastikan ketepatannya.
Bagi meyakinkan para pembaca mengenai ujian yang dilakukan, saya telah merekodkan video bermula dari proses membuka seal sehinggalah saat goldbar di timbang.
Sila tonton video ini ye...




Giliran Goldbar 5 Gram Pula

Saya juga telah merakamkan ujian menimbang goldbar 5 gram Powergold. Untuk mengetahui adakah goldbar 5 gram ini mempunyai berat yang tepat atau tidak, silalah tonton video dibawah untuk mengetahui kebenarannya.

AWAS! Susut Nilai Emas Bertambah Jika Seal Di Buka

Ya, jika anda tidak percaya, anda pergilah ke mana-mana kedai emas yang ada menjual goldbar, cuba tanya adakah susut nilai bertambah jika sealnya dibuka? Saya yakin kebanyakan kedai akan berkata YA!
Walaubagaimanapun bagi produk Powergold, kadar susut nilai tidak akan bertambah jika sealnya dibuka atau dikoyakkan. Nilainya adalah sama sahaja dengan emas yang sealnya tidak dibuka. Nampak tak kelebihan yang ada pada Powergold? =)
Bak kata CEO kami (En. Taqiuddin), yang dijual adalah emasnya, bukan sealnya!

Kesimpulan

Kini anda tak perlu risau lagi untuk membeli mana-mana produk Powergold. Selain daripada timbangannya tepat, emasnya juga disahkan tulen dan boleh dipajak di arrahnu. Anda boleh rujuk artikel yang telah saya kongsikan mengenai ketulenan emas Powergold di sini.
Saya merupakan stokis sah Powergold. Saya menawarkan perkhidmatan jualbeli emas dalam bentuk syiling, dinar, bar dan barangan kemas. Hubungi saya jika anda berminat untuk membeli emas dan mendaftar sebagai ahli.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates