Sebab Kenapa Beli Emas Dapat Emas, Bukan Dapat Kertas!
Tujuan Beli Emas?
Amat mudah untuk menjawab persoalan ini. Sudah semestinya kita membeli emas untuk dipegang, sentuh, hidu dan rasa! Bayangkan kalau kita beli emas, tapi yang dapatnya adalah tulisan diatas kertas bertulis nilai gram yang kita beli. Sudah pasti aura emas itu tidak hadir dan perasaan syok untuk menyimpan emas itu tiada dalam diri.Ada pelbagai skim menawarkan jual beli emas atas kertas sebenarnya dan tidak dinafikan perkhidmatan ini ada juga di tawarkan oleh pihak bank. Walaupun harga per gram emas maya (Virtual Gold) ini lebih murah dari harga emas fizikal, tetapi pegangan emas tersebut bukan milik kita kerana emas tersebut sebenarnya tidak wujud.
Sekiranya kita membeli sesuatu emas fizikal, kita bebas untuk membuat apa sahaja ke atas emas tersebut; baik untuk dipajak atau gadai jika keadaan ekonomi kita terdesak.
Hukum Membeli Emas Kertas
Dulu saya pernah membuka akaun simpanan emas di Maybank. Masa tu, belum ramai yang melihat potensi menyimpan emas ini dan makanya jarang sekali masyarakat berbincang mengenai perkara ini. Apabila saya mengetahui bahawa membeli emas dengan kaedah ini tidak berlandaskan syariat Islam, maka dengan berat hatinya saya dan isteri menutup akaun simpanan emas ini.Kaedah dalam Islam adalah jika kita membeli emas, emas tersebut bukan sahaja tertulis di dalam penyata (buku akaun) sahaja, malah emas tersebut mesti wujud. Jika di atas kertas tersebut tertulis 5 gram emas, maka 5 gram tersebut telah tersedia wujud.
Ada beberapa syarikat yang telah dikenal pasti menawarkan sistem beli emas atas kertas dan mengatakan emas ini boleh tukar ke emas fizikal jika kita mahu. Tetapi malangnya apa yang ditawarkan oleh syarikat ini tidak menepati syara' kerana emas fizikal kita hanya wujud apabila kita memintanya.
Kaedah yang betul adalah emas fizikal tersebut haruslah ada sewaktu kita membelinya, cuma kita tidak menyimpannya dan pihak syarikat yang memegangnya. Inilah yang dilakukan oleh Ar- Rajhi Bank dan Kuwait Finance House untuk melayakkan mereka mendapat status Patuh Syariah di Malaysia.
Saya sarankan bagi orang Islam yang terlibat dengan pembelian emas atas kertas, selidiki dulu adakah syarikat anda ada menyimpan setiap gram emas fizikal yang anda beli. Jika tiada, maka saya cadangkan tutuplah akaun tersebut dan fokuslah kepada pembelian emas fizikal.
Pentingnya Emas Fizikal Di Saat Terdesak
Alhamdulillah mujur selepas menutup akaun simpanan emas, saya berkenalan dengan Powergold yang menjual emas fizikal sahaja. Dari sini saya bertambah celik mengenai betapa pentingnya membeli serta menyimpan emas fizikal.Di kala seseorang memerlukan wang bagi memenuhi sesuatu keperluan penting dalam suatu tempoh yang suntuk, maka emas fizikallah penyelamatnya yang mana ia boleh terus dibawa ke ar-rahnu untuk dipajak.
Tidak perlulah kita ke hulu ke hilir mencari bank bagi membuat pinjaman peribadi yang mana ia memerlukan proses kelulusan yang agak lama dan belum tentu kita berjaya mendapatnya.
Disamping itu pinjaman peribadi juga akan menyebabkan kita terpaksa menanggung kadar bayaran faedah yang agak tinggi dan ia pasti membebankan kita.
Kesimpulan
Membelanjakan duit bagi membeli emas bukanlah suatu pembaziran, sebaliknya ia adalah salah satu teknik kita membuat simpanan. Malah menyimpan duit kita dalam bentuk menukarkan ke emas fizikal lebih menguntungkan daripada menyimpan duit kita di dalam bank.Mungkin anda belum membaca analisis yang pernah saya buat mengenai Simpanan di Bank Vs Simpanan Emas, anda boleh rujuk disini.
Jika anda bercadang mahu menukarkan duit kepada emas, boleh hubungi saya bagi mendapatkan emas dalam pelbagai bentuk (barang kemas, bar, dinar).
Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)