Thursday, March 30, 2017


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Hari ni 30 Mac 2017, dan saya dah genap 30 tahun. Terasa lain pula bila angka depan dah berubah ke nombor tiga. Apa-apa pun, itu hanya sekadar angka. Dalam hati tetap mudah remaja gitu. Hihi.

Saya tak mengharapkan apa-apa hadiah pun. Cuma cakap pada CIk Abang yang saya teringin nak makan kek. Saya fikir mahu beli kek biasa je.

Tapi rupa-rupanya suami terus belikan kek Secret Recipe masa ambil Ammar dari tadika tadi. Alhamdulillah, kenyang kami makan kek hari ni.

Bila umur makin meningkat ni, takut juga sebenarnya. Takut dengan tahap kesihatan. Tapi cara makan tak ubah-ubah gak. Bersenam? Lagilah tak ada. Huhu.

Dan takut juga nak menghadapi kematian yang semakin dekat. Kan?

Semoga baki umur yang ada ni dapat digunakan sebaiknya. InsyaAllah. Aamin.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates