Sunday, June 26, 2011

Assalamualaikum.
 
Dah lama blog ni tak berupdate ye. Biasalah, tuan tanahnya masih dalam mood berpantang selepas bersalin lagi. Now dah masuk hari ke-39. So hati tengah berbunga riang membuat countdown untuk merdeka. Hehe. Dah ada yang bertanya kat saya bila nak update tentang pengalaman bersalin. Memang dah lama nak buat, tapi masa tak mengizinkan. Harapnya malam ni dapatlah saya menyiapkan entri ni. Huhu. Pesanan buat Ammar - sila tidur nyenyak2 ye, mama nak bercerita ni. =P
 
18 MEI 2011 (Rabu)
 
Pagi-pagi lagi dah pergi ke Klinik Kesihatan untuk buat check-up. Berat naik dari 71.5kg kepada 73kg!! Dush, nampak sangat sepanjang saya ada kat Klang tu macam-macam yang saya makan. Disebabkan berat naik mendadak dalam masa SEMINGGU sahaja, kenalah jumpa doktor. Doktor kata tak apalah dimaafkan, sebabnya esoknya tu saya punya due date. Dan doktor kata kalau dalam masa seminggu tak bersalin lagi, kena pergi hospital.
 
Bila dah habis urusan di Klinik Kesihatan, balik rumah dulu rehat-rehat. Lepas Maghrib plak kitorang pergi ke Poliklinik Barakah, saja-saja je pergi sebenarnya sebab risau EDD dah dekat tapi saya tak bersalin-salin lagi. Orang lain yang EDD lagi lambat dari saya pun dah selamat bersalin. Mestilah risau kan. Huhu.
 
Masa jumpa doktor tu, doktor check perut saya. Masa tu memang perut saya tengah mengeras sangat2. Doktor tanya selalu ke mnegeras macam ni? Saya cakap ha'ah. Then doktor tanya sakit tak? Saya jawab tak sakit pun (memang tak sakit pun masa perut mengeras tu, rasa best lagi adalah, hahaha). Lepastu doktor cakap dia nak check bukaan. Hah time ni terus rasa cuak. Sebab orang selalu cakap nak check bukaan ni sakit. Tapi Alhamdulillah doktor ni buat ok je. Tak rasa sakit pun.
 
Then doktor cakap bukaan dah 3cm!! Memang terkejut time tu, tapi rasa happy sangat. Nampak sangat tak menyabau nak bersalin kan? Sebab baru bukak 3cm pun dah happy semacam. Hehe. Doktor kata malam ni dah boleh masuk wad, dan InsyaAllah kalau tak ada masalah, pagi nanti dah bersalin. Lepas tu kan, Cik Abang tanya doktor "Doktor, nak pergi makan dulu boleh tak? Tak makan lagi ni?" Haha, bagus betul Cik Abang ni kan? =)
 
So lepasje keluar dari klinik, terus pergi McD beli makanan, then bungkus bawak balik rumah. Masa sampai rumah dah dalam pukul 10malam. Terus makan, siap-siap, dan pergi balik ke Pusat Bersalin Barakah. Kami sampai kat sana masa tengah malam. Oh malam tu bulan mengambang tau, lawa sangat!!
 
Masa nak masuk pintu pusat bersalin tu, pak guard pandang saya atas ke bawah. Dia macam tak percaya kot saya ni datang nak bersalin. Sebab muka dah confirm tak ada muka sakit langsung, dan saya pakai seluar jeans dan t-shirt je. Kalau orang lain yang dah nak bersalin agaknya pergi pakai kain batik je ek? Hehe.
 
Masuk-masuk je pintu pusat bersalin tu, nurse sambut kitorang. Cik Abang kena pergi daftar, dan saya plak ikut nurse masuk wad. Dia bagi saya baju untuk ditukar, dan lepastu dia masukkan ubat dalam punggung saya untuk senang poo2 nak keluar. Tak sampai seminit ubat dimasukkan, terpaksa saya meluru ke toilet dan menghabiskan masa berminit-minit kat dalam tu. Hehe.
 
Bila keluar je, nurse ajak masuk labour room. Dalam hati dah rasa eh biar betul aku nak bersalin dah. Tak rasa apa-apa pun. Betul saya tak ada rasa apa-apa pun time tu. Tapi dah orang suruh masuk labour room, kita ikut jela kan. Bila dah baring atas katil, nurse pun pasang alat CTG kat perut saya. Pastu cucuk tangan saya untuk masukkan ubat induce.
 
Dalam labour room tu ada saya dan Cik Abang je. Nurse plak akan masuk from time to time untuk tengok keadaan saya. So masa berdua je dengan Cik Abang tu, kitorang try la untuk tidur. Kena kumpul tenaga untuk nak push-push jap lagi. Haha. Tapi punyalah susah nak tidur sebab mesin CTG tu dok memekak je sepanjang masa. Tension betul!
  
Sepanjang berjam-jam menunggu kat dalam labour room tu, nurse ada tanya beberapa kali samaada saya nak ambil pethidine atau tak. Saya kata tak mahu. Bajet kuat sangatlah konon. Huhu. Tapi jom baca apa yang jadi seterusnya.....
 
Then around pukul 3pagi kot, nurse nak tengok bukaan saya dan nak pecahkan air ketuban. Tapi kan, dia buat sakit sangat!!! Sampai menggigil-gigil lutut saya!! Seriously sangat sakit time tu. Tapi air ketuban tak pecah pun. Huh, sedih... =(
 
Disebabkan air ketuban tak pecah lagi, terpaksalah menunggu lagi sehingga bukaan bukak lebih besar. Masa tu dapat tidur-tidur ayam je kot. Kesian kat Cik Abang sebab dia tidur atas kerusi je. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan nak ajak dia naik atas katil dengan saya kot. Haha.
 
Dalam 5pagi plak, nurse check bukaan lagi. Time tu baru 5cm. Lar, lambat gila bukaan ni nak terbukak. Nurse cakap dia tak berani nak pecahkan air ketuban saya lagi, takut saya sakit lagi. So dia kata tunggu doktor datang lepas Subuh nanti. So sambung tidur lagi.
 
Then bila dah dekat pukul 6pagi, terus saya cakap kat nurse yang saya nak ambil pethidine. Sebab utama nak pethidine tu adalah saya trauma dengan kejadian nak pecahkan air ketuban tadi. Disebabkan dah tahu doktor akan datang lepas Subuh, cepat-cepathlah saya mintak pethidine. Haha, sengal kan? Kalau nak diikutkan saya boleh je lagi nak tahan sakit tu.
 
Lepas ambil pethidine, saya pun mamai. Tengah borak-borak dengan Cik Abang pun saya boleh terlelap. Bila tersedar, sambung borak balik. Pastu terlelap balik. Hehe. Tunggu punya tunggu, sekali doktor datang pukul 8pagi daa. Dia pun terus pecahkan air ketuban saya. Tak adalah sakit sangat pun. Mungkin nurse yang buat tadi tu belum cukup pengalaman kot, tu yang sakit sangat-sangat.
 
Bila air ketuban dah pecah, barulah saya rasa contraction tu makin lama makin kuat. Tapi masih boleh tahan lagi. Nurse yang jaga saya time tu siap cakap lagi yang ni kuat tahan sakit. Sebab kalau orang lain dah menjerit-jerit dah dengan tahap contraction yang sama yang saya tengah alami tu. Tapi saya ni kan ego lebih. So tak mahu jerit-jerit, tahan je sakit tu. Kononlah hebat sangat.....
 
Sekali bila contraction dah bertambah kuat, terpaksa juga mengerang kesakitan. Sakit woo contraction ni, memang lagi sakit dari senggugut! Bila contraction dah makin kuat, nurse ajar suruh saya "tarik nafas, tahan, lepastu teran kuat2"
 
Saya pun cubalah ikut apa yang dia suruh buat tu. Tapi kan, saya rasa lagi tension sangat2 bila nak ikut step tu. Yelar, kita dahlah tengah sakit contraction, lepas tu dia nak suruh tarik nafaslah, tahanlah, lepastu meneranlah. Banyak kali gak nurse cakap macam tu, last2 saya tanya satu soalan bodoh kat nurse tu "Menaran tu macam mana?" Hahaha, tak tahulah soalan bodoh ni terkelaur sebab tengah mamai or sebab tengah sakit sangat. Hehe.
 
Then dalam pukul 10pagi, saya dah rasa sakit sangat-sangat. Time ni memang saya asyik mengerang jela. Tapi sepanjang masa ni Cik Abang guide saya untuk baca doa Nabi Yunus. Doa ni memang saya ulang baca banyak-banyak kali. Ada sampai satu tahap tu, saya mengerang kesakitan kuat sangat. Then nurse dan doktor terus masuk labour room dan siap-siap untuk proses melahirkan our baby.
 
Doktor terus ambil posisi dia, dan nurse plak duk ulang benda yang sama "tarik nafas, tahan, dan teran kuat2". Masa tu saya kena bengkokkan kaki rapat ke peha, then tangan pegang pergelangan kaki siap-siap. Bila rasa contraction datang, saya kena tarik badan ke depan untuk meneran kuat-kuat. Cik Abang plak bagi support dengan pegang belakang saya.
 
Masa first time meneran tu, saya keluarkan suara. Diorang cakap jangan buat macam tu, nanti tenaga banyak hilang. So saya pun cubalah kawal dari mengerang. Tapi lepas beberapa kali, keluar lagi suara tu. Haha, mana boleh tahan woo nak meneran tanpa mengeluarkan suara. Bila diorang tak ada tegur pun saya buat macam tu, teruslah saya mengerang dari saat tu sampailah bersalin. Hehe. =P
 
Bila dah banyak kali meneran, memang rasa letih sangat-sangat. Lepas je meneran, saya akan jatuhkan je badan ke katil balik. Sepanjang masa ni, Cik Abang ada kat sebelah saya dan terus guide saya untuk baca doa Nabi Yunus. Masa tu saya ikut dengan nafas yang dah tersekat-sekat. Macam orang nazak pun ada gak. Memang tak cukup nafas. Bila dah lama sangat, Cik Abang cakap, "ok cuba sayang mengucap sekarang". dan apa yang keluar dari mulut saya bukannya dua kalimah syahadah, tapi benda lain. Agaknya time tu banyaklah syaitan yang cuba nak melalaikan saya dari ingat pada Allah, kan?
 
Bila dah tak larat nak baca doa Nabi Yunus tu, saya hanya ucap "Allah, Allah, Allah". Dalam hati dah terfikir kalaulah ini merupakan hari terakhir aku, dapat ke aku masuk ke syurga? =(
 
Tiap kali contraction, saya akan push. Tapi makin lama, saya makin tak ada tenaga. Dah hampir setengah jam meneran, tapi baby tak keluar-keluar lagi. Then doktor decide untuk gantung kaki saya. Dalam hati saya, kenapalah tak keluarkan benda ni awal-awal. Sebab bila kaki dah digantung, lebih senang saya nak meneran. Bila diorang kata kepala baby dah nampak, lagi kuat saya meneran. Saya tak mahu anak saya lemas. =(
 
Bila jam dah menunjukkan pukul 10.40pagi, doktor kata dia terpaksa buat episiotomi sebab takut baby lemas. Benda ni lah yang paling saya takutkan selama ni. Tapi tak sakit pun masa doktor buat tu. Lepas dah kena potong, saya push-push lagi. Dan akhirnya pada pukul 10.54pagi, baby kami selamat dilahirkan.
 
Doktor terus sambut baby kami dan letak atas perut saya. Apa yang dapat saya ucapkan masa tu hanyalah "Syukur ya Allah". Then saya pandang Cik Abang dan cakap "Anak kita bang". Masa tu semua kesakitan tadi rasa macam hilang macam tu je. ^_^
 
Tapi baby kami tak terus menangis masa baru keluar tu. Cuak saya dibuatnya. Selepas 1-2minit, barulah kedengaran suara tangisan yang paling indah yang pernah saya dengar, suara tangisan anak yang saya tunggu-tunggu selama ini. ^_^
 
Saya ingatkan kesakitan berakhir bila baby dah lahir. Rupanya tidak! Doktor duk tekan-tekan perut saya. Saya cakap "Hah ada lagi?!" Doktor kata dia kena keluarkan semua darah-darah ketul dalam perut saya, kalau tak nanti lagi sakit. Oh terpaksa lagi saya menanggung kesakitan selama beberapa minit. Doktor kata banyak darah saya yang keluar. Muka dia pun macam risau je time tu.
 
Dan aktiviti seterusnya adalah jahit-menjahitnya ye tuan2 dan puan2. Tapi tak rasa apa pun. Semasa saya dijahit, saya dengar suara Uda dan Bonda dalam labour room tu. Diorang dah sampai untuk tengok baby kami. Belum bagitahu lagi diorang dah sampai. So dapatlah diorang tengok baby yang masih berdarah tu lagi. Hehe.
 
So itulah dia pengalaman bersalin saya. Sebagai kesimpulan, nak bersalin memang sakit. Tapi sakitnya adalah sakit yang kita boleh tanggung. Sebab kita perlu yakin bahawa Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu tanggung. Dan yakinlah bahawa kita kaum Hawa ini sebenarnya sangat kuat. Lelaki kuat kerana fizikalnya, perempuan pula kuat kerana kasih-sayangnya.
Jadi, jangan takut-takut nak bersalin ye... ^_^
 

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates