Thursday, November 17, 2011

Assalamualaikum.

Hari Sabtu ni, Ammar masuk enam bulan dah. Tapi start dari hari ini, saya dah mula bagi Ammar makan. Cuma tercepat tiga hari, tak apa kan? Huhu.

Tadi saya bagi Ammar makan puree pisang. Senang je nak buatnya. Campurkan setengah biji pisang dan 2 oz EBM (expressed breastmilk) ke dalam blender, dan kemudian blender sehingga hancur, ataupun sehingga cair. Inilah rupa puree pisang yang dah siap:


Masa mula2 bagi tu, Ammar sibuk sangat nak pegang sudu. Dia ingat tu mainan kot. Bila makanan dah masuk dalam mulut plak, dia buat muka pelik. Yelar, kan ini first time Ammar makan makanan pejal. Kalau sebelum ini, Ammar cuma minum susu badan je.


Bila dah beberapa kali cuba, barulah Ammar dapat makan dengan betul. Tapi habis comot mulutnya. Hehe. Rasa seronok pulak bila Ammar dah boleh makan ni.

Kalau boleh, saya nak bagi Ammar makan homemade food sahaja. Yang saya buat sendiri. Kan lebih bagus dia makan makanan hasil dari air tangan saya. Mula2 bagi dia buah-buahan dulu, lepastu bagi sayuran pula, dan kemudian2 nanti barulah saya bagi bubur nasi yang dicampur dengan ayam atau daging.


Tapi, saya akan kawal ketat pemakanan Ammar. Strictly no sugars, and no salts. Jangan memandai nak tambah2 bahan perasa ke dalam makanan bayi. Sistem penghadaman bayi belum cukup matang seperti sistem penghadaman orang dewasa. Faham tu?

Sebagai panduan untuk ibu2, saya sertakan gambar ini ye:


Semoga mama Ammar ini diberikan kekuatan dan kerajinan untuk buat makanan untuk Ammar tiap2 hari. Walaupun yang segera ada banyak sangat di pasaran, saya akan cuba2 buat2 tak nampak je benda tu semua.

Sebagai penutup post ini, saya sertakan video Ammar makan:

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates