Tuesday, January 10, 2012

Assalamualaikum.

Sebelum ini, asyik terliur je tengok gambar2 pavlova di blog dan facebook. Nampak macam sedap sangat2! Walaupun saya ni bukanlah jenis yang suka sangat makan manis2, tapi hati memang tertawan dngan pavlova.

Jadinya, hari Sabtu lepas terus ajak Cik Abang untuk cari bahan2 nak buat benda ini. Dalam pukul 8 malam, start buat dan siap bakar semua dalam pukul 10 malam. Tapi tak boleh makan terus, sebab kena tunggu pavlova ni sejuk dulu.

So esoknya, bangun je pagi2, terus terbayang pavlova. Macam nak meleleh2 dah air liur ni, mengalahkan orang mengandung je kan? Haha. So apalagi, teruslah menghias dengan idea yang tak berapa nak kreatif. Inilah hasilnya, taraaaa!!


Cik Abang terus potong dan rasa sikit. Reaksi dia? "Sedaplah! Hurm, memang sedaplah. Sedap!" Entah berapa kali Cik Abang asyik ulang cakap sedap. Wah kembang hidung orang yang membuatnya ni. Hehe. Lepas hantar pavlova ni sikit ke jiran depan rumah, kitorang sambung sesi makan2 dan tangkap2 gambar.

Tak sampai 10 minit, habis licin semuanya. Rasa macam nak buat lagi pun ada. Hehe. =P

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates