Friday, March 23, 2012

Assalamualaikum.

Korang suka makan mee kuning tak? Saya suka sangat-sangat! Dah setengah tahun kot tak jumpa mee kuning. Sobs, sobs. Tapi nasib baiklah kat sini ada seorang kakak yang tersangat rajin dalam bab masak-memasak ni. Dan baru2 ni dia ada buat mee kuning untuk dibuat jual.

Saya ada beli mee tu dan dah selamat habis makan pun. Buat mee goreng. Peh, cepat je habis. Memang sedap sangat2. Saya bukan nak puji masakan sendiri. Tapi nak puji mee kuning tu sendiri. Mee fresh, tak ada bahan pengawet, tak ada rasa berminyak-minyak. Memang terbaik!

Nanti kalau dah balik Malaysia pun, ingat nak buat mee sendiri je la. Sebab memang terasa sangat perbezaannya dengan mee yang dibeli di kedai. Nak resepi mee kuning tu? Jom tengok kat blog Kak Harleena ni. Kat blog dia ni ada banyak lagi resepi2 lain yang korang patut cuba. Selamat serbu dapur ye! ^_^

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates