Thursday, April 26, 2012

Assalamualaikum.

Jom sambung balik siri 'Percutian di Paris'. Bila dah merasa pengalaman bermalam dalam kereta, esoknya tu pagi2 lagi kitorang dah pergi ke kaunter. Cik Abang terus cerita apa yang terjadi pada pekerja tu, dan dia pun bagi kitorang kunci baru. Apalagi, terus pergi ke bilik dan nasib baiklah pintu dah boleh buka. Masa tu memang rasa lega sangat sebab dah dapat masuk bilik sendiri. Terus salin pampers Ammar. Kesian dia, satu malam pampers tak bertukar. Huhu.

Lepas tu kitorang ke kaunter balik untuk bertanyakan perihal semalam. Dan orang kaunter tu cakap yang semalam punya cas hotel dikira percuma. Cik Abang minta tambahan satu hari, sebab takut kitorang tak sempat nak round2 Paris. Yelar, masa tu memang badan dah penat sangat. Cuma fikir nak tidur je. Hah sebab itulah percutian kami jadi lima hari! Hehe.

Tapi bila dah berehat dan makan2, badan rasa segar plak. So dalam tengah hari tu, kitorang bergerak ke La Vallee Village dengan menaiki kereta. La Vallee Village ini adalah tempat himpunan butik2 berjenama. Macam2 jenama ada kat sini. Saya beli handbag je seketul. Masa kitorang tengah jalan2 kat sana, tiba2 je nampak seorang pakcik tengah terbaring kat depan kedai. Dia tengah menggelupur kesakitan sambil pegang2 dada dia dan nafas tercungap2. Waa risau dan sedih je tengok dia masa tu. Tak tahulah apa yang jadi kat pakcik tu. Huhu. Andaian nakal saya - pakcik tu terkejut isteri dia nak hadiah yang mahal sangat sampai kena serangan jantung!-

Bila dah habis jalan2 kat situ, kitorang bergerak ke Disney Village plak. Saja jalan2 kat situ sambil ambil2 gambar dan beli souvenier. Kitorang tak pergi ke Disneyland. Ammar pun kecil lagi, bukannya dia pandai pun nak main segala permainan yang ada kat dalam Disneyland tu. Mungkin lain kali, sebelum balik ke Malaysia bila Cik Abang dah habis study nanti, kitorang akan pergi ke Disneyland ni nanti. Huhu.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates