Tuesday, November 06, 2012

Assalamualaikum.

Bila cuti dah habis, maka tibalah masa untuk update cerita mengenai apa yang dibuat sepanjang cuti seminggu yang lepas. Seperti yang saya cakap dalam entri sebelum ini, kami tak dapat nak berjalan sangat pun. Tempat pertama yang kami pergi ialah African Safari inilah. Dekat je tempatnya, lebih kurang dalam 30minit dari rumah.

Harga tiketnya bagi saya boleh tahan mahal juga la, sebabnya safari ni tak besar sangat pun. Dan haiwan yang ada pun tak banyak. Tapi disebabkan memang nak bawa Ammar pergi tengok-tengok binatang (selalu tengok dalam TV dan buku je), tu yang kami bawa juga.

Kami bertolak pergi lepas Zohor, masa tu pun cuaca Ok. Kalau ikut ramalan cuaca, petangnya akan hujan. Jadi kena bergerak dengan cepat. Lepas dah bayar tiket, kereta akan lalu dulu di kawasan terbuka yang dipenuhi dengan binatang-binatang. Masa ni Ammar baru bangun tidur (dipaksa bangun sebab dia tidur lena sangat), jadi dia buat muka seposen je masa tu. Hehe, sabar jela.

Bila dah habis satu pusingan, letak kereta di kawasan parking dan masuklah ke kawasan kurungan seperti dalam zoo biasa.

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates