Monday, December 12, 2011

Assalamualaikum.

Selamat memulakan minggu baru buat semua. Bila sampai hujung minggu je, mesti rasa malas sangat nak update blog. Tapi bila dah hari Isnin ni, kenalah update apa yang dah berlaku kan? Kalau lama2 peram nanti, takut terlupa pulak.

Sabtu lepas, saya dan Cik Abang ada urusan di OFII. Urusan untuk membuat residence permit. Cerita tentang residence permit ni akan saya buat untuk entri yang seterusnya.

Mula2 tu, memang tak ada terfikir langsung pun nak tinggalkan Ammar dengan orang lain. Tapi disebabkan kawan Cik Abang dah offer untuk tolong jagakan Ammar, kitorang pun Ok je la. Lagipun kalau bawak Ammar, macam susah je. Sebabnya kena buat urusan tu secara persendirian. Nanti siapa pulak yang nak tolong pegangkan Ammar, kan?

Jadinya, malam sebelum tu saya dah siapkan semua barang2 Ammar. Pagi2 pula, saya bangun untuk pam susu dan buat puree pisang untuk Ammar. Dalam hati memang dah risau dah. Masa inilah baru terasa macam mana perasaaan wanita2 berkerja yang terpaksa tinggalkan anak dengan babysitter. Hati itu terasa sangat berat!!

Bila dah sampai di rumah Haris dan Ain, lagilah rasa sedih. Takut Ammar menangis bila ditinggalkan. Tapi masa tu kitorang dah kena bergerak cepat, sebab appointment pukul 8.30pagi. Jadi, tinggallah Ammar di rumah orang. Sobs, sobs, sobs...

Masa dalam Metro, dah rasa lain je sebabnya Ammar tak ada. Selalu pergi mana2 pun, Ammar akan ada dengan saya. Lepastu rasa risau je hati. Takut Ammar menangis teruk2 ke, tak nak minum susu ke, tak nak makan ke.

Bila habis je urusan kami, saya terus suruh Cik Abang telefon Haris. Dan nasib baik dia kata Ammar baik je, tak ada menangis pun. Lega rasa hati ni. So on the way balik tu, kami singgah di Pasar Arab kejap untuk belikan sikit buah untuk Ain dan Haris.

Bila dah sampai di rumah Ain dan Haris, diorang pun berceritalah mengenai Ammar. Katanya, masa mula2 tu, Ammar tak menangis pun. Satu bunyi pun tak ada keluar dari mulut dia. Mungkin Ammar terkejut bila ditingalkan kot. Huhu. Kesian dia!

Tapi lama2 sikit tu, Ammar ok dah. Dah nak main2. Cumanya, dia tak mahu minum susu dan tak mahu makan. Nasib baiklah urusan kami tu sekejap je. dalam pukul 10pagi kitorang dah sampai semula ke rumah diorang. So sampai2 tu je saya menyusukan Ammar. Tak adalah anak Mama ni kelaparan, kan? Huhu.

Masa nak balik ke rumah pulak, kami singgah ke Lidl kejap dan saya yang nak drive masa nak balik ke rumah tu. Ammar dah tidur kepenantan dah time tu. Bila sampai rumah pun, Ammar sambung tidur lagi sampai pukul 2pm.

Rasanya itu saja update untuk kali ini. Daa...

Sila tinggalkan komen anda di sini. Saya amat menghargainya. Terima kasih. =)

by MamaBard . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates